Siakap Keli
Kredit Global Design News

Mampu Terbang 3 Kali Kelajuan Bunyi, Pesawat Supersonik Berkuasa Nuklear Ini Dijangka Siap 2030 

Mampu Terbang 3 Kali Kelajuan Bunyi, Pesawat Supersonik Berkuasa Nuklear Ini Dijangka Siap 2030 

Pereka yang berpangkalan di Barcelona, Oscar Vinals telah mereka cipta The Hyper Sting sebuah pesawat supersonik berkuasa nuklear pada kelajuan tiga kali kelajuan bunyi, lapor Global Design News.

Pesawat itu mampu memuatkan seramai 170 penumpang dalam setiap penerbangan pada kelajuan 2,486 mph iaitu dua kali ganda lebih pantas daripada Concorde.

The Hyper Sting jauh lebih besar daripada Concorde, dengan panjang 328 kaki, lebih 100 kaki daripada pesawat Concorde dan sayap yang berkelebaran 169 kaki.

Kredit Global Design News

“Fiuslaj akan mempunyai ‘sengat besar’ dengan ‘hidung’ yang sangat tajam. Berfungsi untuk mengawal aliran udara hadapan (tekanan/kelajuan), untuk menyeimbangkan udara ke bahagian tengah dan ke atas sayap,” kata Vinal pereka pesawat itu.

Dua enjin ramjet yang dikuasakan oleh reaktor nuklear kecil akan membantu menggerakkan pesawat pada kelajuan kilatnya.

Kredit Global Design News

Ia juga memerlukan penggunaan reaktor sejuk nuklear gabungan, yang pada masa ini masih merupakan sebagai konsep teori.

‘Reaktor sejuk nuklear gabungan’ ialah konsep teori pada masa ini, tetapi Vinal menjelaskan bahawa sistem inovatif ini akan membolehkan keupayaan Mach 3.5 yang akan menggerakkan dua enjin ramjet dan empat turbojet hibrid generasi seterusnya.

Concorde adalah pesawat yang cemerlang, tetapi ia meletakkan terlalu banyak pelepasan pada alam sekitar, bunyi yang terlalu kuat dan terlalu mahal untuk dikendalikan,” kata Vinals lagi.

“Pada hari ini, terdapat beberapa projek bagi era baharu dunia penerbangan supersonik daripada pihak swasta dan awam yang berbeza. Beberapa daripadanya sedang berjalan dengan baik dan boleh menjadi konsep sebenar dalam beberapa tahun,”

“Penerbangan supersonik akan kembali, tetapi dalam kes ini disebabkan oleh beberapa yang sangat inovatif, seperti reaktor sejuk gabungan. Tarikh pengeluaran kemungkinan menjelang 2030 dan kosnya juga tidak murah,” ujar Vinals.

Kredit Global Design News
Kredit Global Design News

Vinals juga merupakan pereka di sebalik projek penerbangan berskala besar dan sangat pantas, termasuk Sky Whale dan Big Bird.

Sumber: Global Design News

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.