Siakap Keli
hidangan amerika sama makanan indonesia
Gambar: Indozone

Menu Hidangan Amerika Ini Dikatakan Sama Dengan Makanan Indonesia – Laporan

Sejenis hidangan makanan khas dari Amerika Tengah, iaitu Jamaican Bowl dan Mexican Bowl dikatakan sama dengan makanan Indonesia.

Sebut sahaja tentang makanan dari Indonesia, antara menu utama yang pantas menerjah dalam bayangan fikiran orang ramai ialah nasi ayam penyet, bakso, nasi ayam geprek, pecal lele dan seumpamanya.

Biasanya makanan-makanan Indonesia yang berteraskan rasa pedas-cili berapi ini agak terkenal di negaranya, malah ia turut banyak dijual di negara-negara jiran seperti Malaysia sendiri oleh peniaga warga mereka.

Tapi tahukah anda, cita rasa hidangan Indonesia bukan sahaja dapat mendominasi selera orang Asia Tenggara, malah ia kini dikatakan sudah mengembara jauh hingga ke benua Amerika di sana.

Kredit: Indozone

Restoran Amerika di bumi Jakarta

Jika melintas di depan restoran ini diyakini mata pandangan para pengunjung akan tertumpu kepada reka bentuk dalaman yang didominasikan dengan warna kuning dan merah. Tempat makanan ini memang seakan ‘eye catchy’ dan menarik perhatian para pengunjung,

Restoran tersebut diberi nama El Toro iaitu sebuah premis yang menghidangkan makanan khas Amerika Tengah. Misalnya, Jamaican Bowl dan Mexican Bowl merupakan antara menu yang paling popular di restoran ini.

Menu Jamaican Bowl dihidangkan dengan nasi kuning, ayam bakar, sayuran dan kacang merah rebus manakala Mexican Bowl pula bersajikan nasi kuning, daging lembu, sayuran dan kacang merah rebus.

Menu ini sangat sesuai untuk mengisi perut pada ketika menunggu kesesakan Jalan Prof DR Satrio bergerak seperti keadaan biasa.

“El Toro menghidangkan makanan khas Amerika Tengah yang berisi ayam dan daging,” kata Martin, chef di El Toro.

Kredit: Indozone
Kredit: Indozone

Dikatakan sama dengan makanan Indonesia

Menurut laporan portal Indozone, daripada segi rasa makanan, Jamaican dan Mexican Bowl memiliki sedikit rasa seperti nasi briyani khas Timur Tengah. Manakala rasa ayam dan dagingnya pula sangat sedap dan kaya dengan rasa rempah-rempah.

“Oleh sebab rasa rempahnya sedap dan kuat, maka boleh dikatakan ada rasanya yang mirip dengan makanan dari Indonesia, jadinya memang sesuailah dengan lidah orang kita (Indonesia),” memetik petikan artikel Indozone.

Secara kasar, harga bagi menu di restoran yang bertempat di aras UG, Kuningan City, Jakarta Selatan ini dianggarkan antara RM7.60 sehingga RM60.70 per hidangan.

Malah, tempat ini juga sesuai untuk pasangan yang ingin makan untuk ‘first date’ kerana suasananya tidak terlalu pada meskipun ramai orang. Jadi, orang ramai boleh mengajak sesiapa sahaja untuk merasai makanan Jamaica-Mexican Bowl.

Sumber: Indozone

Florence Nuar