Siakap Keli

Isteri Jangan Setuju Kalau Suami Nak Ambil Khidmat Orang Gaji Yang Murah, Mungkin ‘Ada Udang Di Sebalik Batu’

Isteri Jangan Setuju Kalau Suami Nak Ambil Khidmat Orang Gaji Yang Murah, Mungkin ‘Ada Udang Di Sebalik Batu’

Suami mana yang sanggup tengok isteri dia buat kerja penat-penat kan? Dah seminggu kerja.

Nasib baik ada suami budiman yang nak gunakan khidmat orang gaji. Tapi, si isteri kena berwaspada. Kalau boleh, semak dulu siapa orang gaji yang suami maksudkan tu. Bukan apa, takutlah ada perkara yang tidak sepatutnya berlaku pada keluarga mereka nanti.

Tapi korang jangan salah faham pula, ini bukan tentang soal si suami curang, tapi dikhuatiri khidmat orang gaji tersebut hanyalah sekadar khabar di dalam talian.

Apa tidaknya, sekarang ni banyak berlaku penipuan mengenai perkhidmatan orang gaji atau pembersihan rumah dengan iklan di Facebook serta platform media sosial lain dengan kos yang rendah.

Jadi kenalah berhati-hati. Ada sesetengah yang memang berniat jahat dengan tawaran serendah RM15 untuk 4 jam atau diskaun sampai 50 peratus. Kalau nak fikir logik akal, tak mungkinlah boleh dapat semurah tu kan? 

Bila umpan dah mengena, dengan pantasnya scammer meminta mangsa memuat turun aplikasi yang kononnya adalah untuk mengesahkan tempahan perkhidmatan tersebut.

Bila muat turun je, aplikasi ini akan meminta mangsa untuk membuat pembayaran melalui laman perbankan dalam talian yang palsu. Awas! Pautan itu mungkin nampak ‘legit’, tapi sebenarnya ada udang di sebalik batu.

Aplikasi tersebut mungkin hanya ‘topeng’ bagi perisian hasad (malware) yang boleh membaca dan memadam SMS yang masuk ke phone korang sekaligus mengakses OTP daripada bank. Jadi tanpa korang sedar, simpanan di dalam bank sedang disedut keluar. Bila dah sampai tahap ni, scammer berpeluang cerah untuk ‘merembat’ semua baki di dalam bank korang hingga kosong. 

Jadi, janganlah kita mudah terpedaya dengan terus memuat turun aplikasi daripada pautan yang tidak sah. Malang tidak berbau, rumah tidak terkemas, akaun bank pula ‘bersawang’.

“Simpan dalam tin biskut kat rumah lagi selamat”

Bila dah kena scam, bukan sahaja kecewa tapi ramai yang kongsi duit ribu-ribu dalam bank hilang begitu sahaja. Sana sini dengar kes serupa. Malah ada yang berpendapat dan menyebarkan khabar angin bank tidak selamat. Biar simpan duit kat rumah lebih selamat. Tapi macam mana dengan risiko rompakan, rumah terbakar, banjir dan sebagainya?

Jadi, usah percaya bulat-bulat khabar angin ini. Sebaliknya, kita perlu membuat penilaian teliti kerana ia melibatkan wang kita sendiri. Betulkah duit di dalam bank boleh hilang begitu sahaja? Adakah betul mangsa tidak memberikan maklumat bank kepada scammer, walaupun secara tak sedar?

Kes-kes duit hilang boleh terjadi atas pelbagai kemungkinan. Mungkin mangsa tak perasan pernah tertekan link palsu sebab terlalu banyak link mudah disebarkan di ruangan komen, dalam group WhatsApp, Telegram dan sebagainya. Secara tak langsung, mereka tanpa sedar telah membuka peluang kepada penjenayah untuk menghantar pautan-pautan palsu berpotensi mengandungi perisian hasad untuk memperdaya mangsa. Tersilap klik, hilang semua duit di dalam bank.

Bank tingkatkan sekuriti, tiada lagi OTP menggunakan SMS selepas Jun 2023

Kes-kes penipuan kewangan dan jenayah siber yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia. Jadi, bank-bank dah sepakat untuk buat peralihan kepada sistem standard keselamatan tahap tertinggi untuk memastikan wang pelanggan selamat.

Sebenarnya, bukan semua langkah-langkah ini adalah baru. Contohnya peralihan daripada penghantaran OTP SMS kepada kaedah pengesahan yang lebih kukuh bagi transaksi dalam talian yang berkaitan dengan pembukaan akaun telah disyorkan oleh BNM sejak 2019. Sebagai contoh, Maybank Secure2U telah dilancarkan pada 2017 dan CIMB SecureTAC pada 2018.

Malah, kami juga mendapati bahawa sesetengah bank telah melancarkan hotline 24 jam atau saluran aduan khusus untuk memudahkan pelanggan mereka melaporkan sebarang insiden penipuan. Lihat senarainya melalui https://www.abm.org.my/directory. Dengar kata, bank-bank lain turut menggiatkan usaha untuk menambah baik perkhidmatan untuk pelanggan mereka.

Ada segelintir pihak yang mengesyorkan bank-bank di Malaysia perlu menggunakan kaedah kill switch dalam memerangi  jenayah penipuan kewangan. Sebenarnya kill switch adalah kaedah yang membolehkan pelanggan menyahaktifkan akaun mereka dengan segera jika mengesyaki akaun mereka telah dikompromi. Bank seperti Public Bank pun ada menggunakan kaedah ini dimana perbankan internet dan mudah alih akan ditamatkan serta-merta apabila menerima laporan penipuan kewangan. 

Mudah-mudahan bank-bank lain juga akan mempercepatkan langkah-langkah tambahan ini supaya kita dapat memerangi jenayah penipuan kewangan ini dengan lebih cepat. 

Takut jadi mangsa penipuan? Ikut 3 tips mudah ini

Amalkan 3S untuk elak tertipu:

Duit dalam akaun hilang, apa perlu buat?

Paling penting untuk anda ialah kekal tenang dan JANGAN PANIK. Ikuti proses ini untuk buat laporan dengan SEGERA.

Kalau korang syak yang korang ada tak sengaja termuat turun aplikasi malware pula, korang boleh lakukan 3 cara ni dengan SEGERA:

Memerangi penipuan kewangan ini adalah tanggungjawab kita bersama, bukan bank-bank sahaja. Tidak kira suami mahupun isteri perlu peka dengan situasi semasa penipuan di dalam talian, tetapi kita semua perlulah memastikan bahawa sentiasa berwaspada dengan tidak muat turun aplikasi, atau menekan pautan yang mencurigakan di media sosial serta mendedahkah maklumat peribadi kepada si penipu! 

Kalau korang bimbang sama ada pernah terlibat atau tidak, korang boleh semak scam terkini dan taktiknya dengan tip-tip keselamatan melalui laman Facebook Amaran Scam ini.

Aqmal Ezany

I write what is right