Siakap Keli
jalan di gombak ditutup
Gambar: Bernama

LTdL: Beberapa Jalan Di Gombak Ditutup Bermula 1 Tengah Hari Esok

LTdL: Beberapa jalan di Gombak ditutup bermula 1 tengah hari esok

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) — Beberapa jalan raya di sekitar Gombak, di sini akan ditutup bermula pukul 1 tengah hari esok, sempena perlumbaan peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL).

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata antara jalan yang akan ditutup sepanjang perlumbaan itu berlangsung ialah susur keluar Taman Melati ke MRR2 Batu Caves, susur keluar Shell Taman Melati, MRR2 dari arah Batu Caves hala tol Gombak dan Jalan Sungai Pusu hala ke tol Gombak.

“Semua pengguna jalan raya dinasihat untuk mengelakkan melalui jalan-jalan yang terlibat dengan perlumbaan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perlumbaan LTdL peringkat ketiga akan bermula di Putrajaya dan berakhir di Genting Highlands dengan pelumba dijangka tiba di sempadan daerah Gombak kira-kira pukul 3 petang dan tamat selewat-lewatnya pukul 4.15 petang.

Sumber: BERNAMA

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.