Siakap Keli
Ingin Menjadi Ironman, Ini Tips Mudah Yang Boleh Anda Ikuti

Pernah Sertai Ironman 10 Kali, Lelaki Dedah 50 Tips Kecergasan Ramai Tak Tahu

Ingin Menjadi Ironman, Ini Tips Mudah Yang Boleh Anda Ikuti

Tubuh badan yang sihat dan cergas membolehkan individu melakukan aktiviti harian dengan lebih bertenaga. Golongan ini biasanya boleh terlibat dalam pelbagai aktiviti fizikal dan kurang berdepan dengan sebarang risiko kesihatan.

Terdapat beberapa komponen kecergasan yang perlu diketahui untuk menjadi seorang ironman seperti kekuatan, stamina, fleksibiliti dan koordinasi yang memerlukan usaha yang berterusan untuk mengekalkan kecergasan badan manusia.

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter yang pernah menyertai Ironman sebanyak 10 kali, berkongsi 50 tips kecergasan yang pasti bermanfaat untuk anda semua.

Jom kita ikuti sama-sama.

1.Penghidratan

Penghidratan adalah pengambilan air suam pada setiap hari pada waktu pagi sebelum memulakan hari anda agar badan kita dapat penghidratan yang mencukupi sebelum memulakan rutin senaman.

Tanpa penghidratan yang mencukupi ia akan menyebabkan kecederaan otot dan kurang nutrisi dalam tubuh badan kita.

2. Rutin workout berfokus selama 45 minit lebih penting berbanding senaman dua jam

Beliau turut berkongsi bahawa orang ramai mungkin boleh menumpukan rutin workout yang lebih berfokus berbanding aktiviti senaman biasa.

Katanya, aktiviti workout berfokus selama 45 minit adalah lebih baik berbanding senaman tanpa sebarang struktur selama dua jam.

3.  Cari rakan latihan

Cari teman atau kumpulan yang boleh bersenam bersama anda kerana perkara ini akan menambah semangat untuk anda terus bersenam. Selain itu, mereka boleh memberi bimbingan dan sokongan kepada anda.

4. Pemakanan yang sihat

Pemilihan pemakanan yang sihat juga mampu memberi kecergasan pada tubuh badan kita seperti pengambilan makanan yang berkabohidrat, protein, garam dan beberapa buah-buahan.

Selain itu, pengambilan kafein juga dapat membantu kita untuk merasa lebih bertenaga dan menghilangkan rasa mengantuk namun jangan melebihi tahap yang diperlukan kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepada tubuh badan kita.

5. Menguatkan kaki dan buku lali

Jika anda ingin menguatkan kaki dan buku lali, anda perlu memulakan dengan menanggalkan kasut dan banyak melakukan aktiviti berjalan di luar seperti di tasik dan lakukan di permukaan yang tidak rata serta lembut.

Fungsi pergelangan kaki ialah dapat mengimbangi berat badan, mengawal pergerakan membawa beban serta tekanan dari atas tubuh.

6. Diet Tinggi Protein

Diet tinggi potein bukan hanya untuk membina badan tetapi untuk mengawal cara penafasan jantung anda untuk kekal seimbang untuk melakukan memberi kelancaran aliran darah kepada jantung anda.

Protein adalah antara nutrisi yang sangat penting kepada tubuh manusia untuk membantu membina dan memperbaiki sel-sel otot, organ dan juga tulang.

7.  Senaman kardio

Senaman kardio mempunyai begitu banyak pilihan dan latihan tersebut tidak semestinya perlu berlari, berjoging atau melakukan gerakan yang sukar dan membebankan.

Latihan kardio mudah dilakukan oleh sesiapa saja, namun masih mempunyai banyak kelebihan termasuk meningkatkan kadar degupan jantung dan metabolisme, menguatkan sendi, meningkatkan tahap oksigen dalam badan, sekali gus merangsang peredaran darah serta menguatkan otot tengah anda.

8. Pergerakan Berulang

Pergerakan berulang dapat menguatkan otot untuk mengurangkan ketegangan otot. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti, berenang, berlari atau berbasikal.

9. Kecergasan Mental

Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan meningkatkan kualiti hidup seharian serta berfungsi secara optimum.

Sentiasa percaya diri untuk melakukan sesuatu perkara dan berani mencuba kerana kepercayaan pada diri dapat mendorong seseorang untuk berjaya mencapai apa yang mereka inginkan.

10. Kekuatan kaki

Bahagian kaki adalah bahagian yang sangat penting yang perlu dititik beratkan kerana ia menguatkan kekuatan bahagian atas badan kita dengan menampung berat badan untuk lebih seimbang.

Secara ringkasnya, kecergasan sangat penting untuk tubuh badan kita bukan setakat untuk menjadi ironman tetapi ia perlu dipraktikkan untuk mengekalkan kecergasan dalam badan agar sentiasa cergas melakukan aktivit harian.

Anda boleh menyemak senarai penuh 50 tips berkenaan dibawah.

Sumber: Flex Physiotherapy & Chris Boettcher via Twitter

Shafikah