Siakap Keli
lelaki reka bentuk pemegang kad touch n go
Tangkap Layar Tiktok

“Boleh Je Nak Beli Dekat Shopee, Tapi…” Lelaki Reka Pemegang Kad Touch n Go Sendiri Guna Cetakan 3D

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Reka bentuk pemegang kad Touch n Go sendiri sebagai permulaan, seorang lelaki tular di media sosial setelah membuat perkongsian mengenai hasil rekaannya sendiri di laman Twitter.

Pada asalnya Ridzwan Mahazan telah menghasilkan reka bentuk tersebut sebagai rekaan yang tidak perlu disebabkan pada waktu ini dia masih lagi dalam proses untuk belajar.

Ridzwan yang juga merupakan bekas jurutera reka bentuk berkata dia ingin belajar semula mengenai reka bentuk 3D dan percetakan 3D setelah berhenti bekerja selama setahun lebih.

Namun, video tersebut telah mencuri perhatian ramai ekoran reka bentuk pemegang kad itu telah dihasilkan dengan unik dan kreatif.

Ujarnya, masih banyak benda yang perlu dipelajari untuk projek itu bermula dari struktur sokongan serta bahagian untuk pergerakan dan lain-lain.

Walaupun video tersebut turut mendapat kritikan orang ramai namun dia menekankan sekiranya hanya membeli dia tidak akan dapat belajar dan tahu lebih lanjut mengenai reka bentuk 3D.

“Boleh je nak beli dekat Shopee, tapi saya akan hilang peluang nak belajar semua tu.

“Dekat Shopee ada jual bentuk spatula, saya tak suka rupa spatula sebab itu saya design sendiri,” kata Ridzwan dalam perkongsian itu.

Jelasnya produk itu bukan untuk dijual disebabkan kos terlalu tinggi dari segi pembuatan dan terdapat bahagian yang mudah rosak, selain ia direka khas untuk hiburannya sendiri.

Beli Pemegang Touch n Go Di Sini

Penghasilan pemegang kad Touch n Go

Untuk permulaan, Ridzwan membuat lakaran kasar dan pengiraan mengenai reka bentuk tersebut sehingga tercetusnya idea melalui gambaran itu dia teruskan untuk buat model 3D dalam komputer.

Apabila model 3D yang sudah siap, dia menggunakan mesin pencetak 3D untuk cetak semua bahagian yang diperlukan.

Tangkap Layar Tiktok

Namun langit tidak selalu cerah, reka bentuk pertamanya mempunyai masalah di mana bahagian pin terlebih panjang dalam 1.5 milimeter (mm).

Ujarnya walaupun mekanisme berfungsi seperti biasa namun pin itu longgar dan dia mula membaiki model tersebut dengan menggantikan pin dengan skru.

Setelah siap, masalah lain pula datang di mana pemegang terlampau rapuh sehingga patah apabila skru diketatkan dan dia menggunakan kembali reka bentuk yang pertama.

Tangkap Layar Tiktok

Dalam pada itu, reka bentuk kedua juga mempunyai masalah, ianya terlalu ketat  dan berat, oleh itu bahagian atas dibuang sedikit dan akhirnya ia berfungsi dengan baik.

Untuk bahagian peletakan kad pula, Ridzwan hanya menggunakan gam gajah untuk melekatkan bersama bahagian pemegang.

Setelah itu, pemegang kad tersebut akhirnya siap sepenuhnya dan dia mengatakan reka bentuk itu sesuai untuk orang yang bertangan pendek sepertinya.

Bagaimanapun jelasnya, dia tidak akan menjual reka bentuk tersebut secara komersial di pasaran disebabkan ia hanyalah direka untuk kepuasan dirinya sendiri.

Sumber: Twitter / @RidzwanMahazan

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana