Siakap Keli
Malaysia 4 Tahun Berturut-Turut Juara
Gambar via Kompas

Rekod Bersih, Malaysia Tak Pernah Kalah Perlawanan AFC Lawan Indonesia Sejak 4 Tahun Lalu

Rekod Bersih, Malaysia Tak Pernah Kalah Perlawanan AFC Lawan Indonesia Sejak 4 Tahun Lalu

Malaysia telah mencatatkan kemenangan untuk empat tahun berturut-turut dalam perlawanan bola sepak menentang Indonesia.

Memetik Asean Football menerusi laman Facebook milik mereka, Malaysia telah berjaya meraih kemenangan dalam semua perlawanan bola sepak menentang negara itu dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia (AFC) dan Kelayakan Piala FIFA setakat 10 Oktober ini. 

Lebih menarik, semua kemenangan itu direkodkan dalam perlawanan pelbagai peringkat umur hinggalah ke pasukan senior.

Difahamkan, semasa perlawanan Kelayakkan untuk mara ke Piala FIFA pada tahun 2022, Malaysia telah berjaya mengalahkan Indonesia dengan jaringan 2-3 dan juga 2-0. 

Selain itu, semasa perlawanan AFC U23 Kelayakkan Piala Asia pula pada tahun 2018, Malaysia juga telah mengalahkan Indonesia dengan mencatatkan jaringan sebanyak 3-0. 

Seterusnya, di perlawanan AFC U19 juga pada tahun 2018, Malaysia berjaya mengalahkan Indonesia dengan jaringan gol sebanyak 4-1.

Akhir sekali, di Kelayakan Piala AFC 2023 baru-baru ini pula, Malaysia sekali lagi berjaya menang dengan jaringan gol 5-1 menentang Indonesia. 

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

BACA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

BACA JUGA: Dompet Tercicir Masa Tengah Tolong Kereta Kemalangan, Lelaki Kecewa Semak M2U Ada Orang “Paywave” Guna Kad

Sumber: ASEAN FOOTBALL (Facebook)

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.