Siakap Keli
Cara Mudah Tukar Alamat Mengundi
Kredit Ahmad Zahid/Twitter

Malas Balik Mengundi Sebab Jauh? Ini Cara Mudah Tukar Alamat Mengundi Secara “Online”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Malas Balik Mengundi Sebab Jauh? Ini Cara Mudah Tukar Alamat Mengundi Secara “Online”

Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembubaran Parlimen. Ini bermakna negara kita akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 tidak lama lagi.

Namun begitu, anda yang berada jauh di perantauan bagaimana, sudah bersedia ke nak pergi ke alamat mengundi untuk membuang undi pada PRU15 nanti.

Kadang-kadang ada rasa berat sikit pulang ke kampung halaman untuk semata-mata mengundi. Bukan apa, dengan keadaan ekonomi sekarang ini, masa dan kos terutamanya perlu dititik beratkan. Ada ke cara untuk atasi masalah ini?

Melalui satu perkongsian seorang pengguna di Twitter, dia memberikan tiga cara yang boleh anda lakukan sekiranya mahu mengubah pusat alamat mengundi semasa anda.

Untuk anda yang berada jauh dari pusat mengundi yang telah ditetapkan, ini adalah tips terbaik untuk anda.

Lelaki yang bernama Ahmad Zahid itu memberikan tiga cara utama untuk anda menukar alamat mengundi dan dia telah menfokuskan membuat penukaran alamat mengundi secara atas talian sahaja.

Justeru mari ikuti perkongsian lelaki ini untuk menukar alamat mengundi secara atas talian seperti berikut:

So, mesti ramai yang malas nak balik mengundi jauh dari rumah sekarang. Ada cara nak tukar tempat mengundi anda. Terdapat 3 cara; pergi ke cawangan SPR secara fizikal, pejabat pos atau secara atas talian. Tapi saya rasa ramai yang suka online. Ikuti bebenang dan cara ini untuk kemaskini online.

* Make sure alamat ic dah tukar and update di JPN

1. Sila layari link myspr.spr.gov.my/login

2. Log in ke Akaun MySPR anda dengan mengisi No Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA.

3. Klik Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya / Pertukaran Status) dengan mengisi borang yang disediakan.

4.Pilih KATEGORI PEMILIH di Bahagian 1.

5. Isikan alamat lengkap macam dalam IC and others information

6. Upload Gambar depan MyKad and selfie bersama IC.

7. Check all the informations and click HANTAR. Notifikasi MOHON TAC akan dipaparkan. Anda diminta untuk click MOHON TAC.

8. You akan dapat no TAC melalui e-mail & SMS. Masukkan no TAC dan click HANTAR.

9. You akan menerima notification “Borang A telah diterima dan sedang disemak untuk kelulusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia” via e-mail

Kredit SPR

Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda memudahkan lagi cara untuk menukar alamat mengundi sebelum menjelangnya PRU15 nanti.

Sumber: Ahmad Zahid/Twitter

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka