Siakap Keli
Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara
Kredit: Bernama

Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Bila sampai je hujung minggu atau cuti sekolah, ramai ibu bapa merancang untuk membawa anak-anak berjalan bagi mengisi masa lapang. Antara tempat menarik yang popular dalam kalangan ibu bapa pastinya Zoo Negara.

Pun begitu, jika anak ramai, sudah tentu ada pertambahan kos dari segi harga tiket dan makanan. Jadi kali ini, SK ingin kongsikan rahsia untuk ibu bapa di luar sana berjimat setiap kali membawa anak-anak bercuti ke destinasi pelancongan popular di Malaysia. Rahsia ini dikongsikan seorang wanita bernama Ain menerusi media sosial miliknya. Jelasnya, dia sekeluarga telah mendapatkan diskaun hingga 10% ketika membeli tiket masuk ke Zoo Negara.

Haritu anak-anak ada ajak pergi Zoo Negara. Beria betul nak tengok harimau katanya. So kitorang pun pergi la walaupun masa tu belum dapat gaji. Haha.. Nervous jugak, entah berapa la total harga tiket kan. Semua empat dewasa, enam kanak-kanak sebab kitorang pergi dengan keluarga along sekali.

Dah sampai kat entrance, memang ramai orang beratur. Sambil menunggu, tetiba ternampak orang depan keluarkan satu kad ni. Ingatkan kad debit sebab nak bayar, rupanya kad Meriah.

Masa tu rasa pelik gila, dah kenapa bagi kad Meriah kat sini. Bila sampai turn, Ain pun tanyalah penjaga kaunter tu. Rupa-rupanya boleh dapat diskaun sampai 10% kalau guna kad Meriah tu. Ingatkan beli guna MyKad je boleh dapat diskaun. Tapi bila beli guna kad Meriah ni, harga tiket lagi murah. Mana taknya, dari RM45.00, kami cuma perlu bayar RM40.50 sen je satu kepala. Tiket kanak-kanak jadi lagi murahlah. Berbaloi betul, terus bertambah happy mood mama abah nak berjalan. Haha

Nak dijadikan cerita, lepas dah research sikit pasal kad Meriah ni, baru Ain tahu yang sebenarnya banyak lagi tempat boleh guna kad Meriah Mydin. Ni antara tempat-tempat best yang korang boleh dapatkan diskaun bila guna kad Meriah,

  • Zoo Negara (Diskaun 10% untuk bayaran masuk)
  • Farm In The City (Diskaun 40% untuk bayaran masuk. Baucar diskaun kedai cenderahati RM5) 
  • Grand Riverview Hotel (Diskaun 10% F&B dan 70% harga bilik)
  • Hotel Seri Malaysia – RM140 Bilik Normal (+RM50 kemuncak/hujung minggu), – RM190 Bilik Keluarga (+RM50 kemuncak/hujung minggu), – 30% diskaun ala carte meal (belanja minima RM100) )
  • Crocodile Adventureland Langkawi (20% diskaun bayaran masuk dan 50% diskaun produk)
  • Menara Alor Setar (Entrance rate (dewasa dan warganegara sahaja)
  • KL Tower Mini Zoo (RM5 off for entrance fee)
  • The Shore Oceanarium (Diskaun 10% untuk bayaran masuk)

F&B

  • Zus Coffee (10% diskaun produk)
  • Bubble Bee (Diskaun 10% untuk semua makanan dan minuman)
  • Marrybrown (Diskaun 10% untuk setiap pembelian RM30 ke atas)
  • My Laksa (Diskaun produk 10% dengan setiap pembelian minimum RM25)

Optometri

  • Mata Clinic & Optometrist (Diskaun produk dan kanta sentuh dari RM1/sehari (tertakluk terma dan syarat)
  • Eyesight Optic Sdn Bhd (Diskaun 10% untuk pembelian semua bingkai dan kacamata hitam)

Banyak tempat lagi sebenarnya, tapi tak muat nak tulis sini. Kalau korang nak tahu mana lagi tempat-tempat best yang boleh guna kad Meriah ni, klik je website Mydin kat sini.

Lagi satu nak bagitahu, sebenarnya ada dua jenis kad Mydin tau. Satu kad biru, satu lagi warna silver. Kad silver ni khas untuk beli barang borong kat Mydin. Jom Ain share keistimewaan setiap kad ni.

Kad Meriah

– 1 mata ganjaran untuk setiap RM1 yang dibelanjakan

– Tebus mata ganjaran semasa pembayaran dan tukar kepada baucar

– Tebus mata ganjaran dengan Big Loyalty

– Diskaun Istimewa ahli Meriah

– Nikmati diskaun & ganjaran hebat daripada peniaga terpilih

– Nikmati hadiah hari lahir semasa bulan hari lahir

Kad Meriah Borong

– 1 mata ganjaran untuk setiap RM2 yang dibelanjakan

– Nikmati harga borong

– Tebus mata ganjaran semasa pembayaran dan tukar kepada baucar

– Tebus mata ganjaran dengan Big Loyalty

– Diskaun istimewa ahli Meriah

– Nikmati diskaun dan ganjaran hebat daripada peniaga terpilih

– Nikmati hadiah hari lahir semasa bulan hari lahir

Rupa-rupanya banyak je diskaun kita boleh dapat bila guna kad Meriah ni. So, kalau korang yang baca ni dah tahu, jangan simpan sorang. Kongsi sama rahsia ni dekat keluarga dan kawan-kawan korang supaya semua dapat manfaat. Bolehla rujuk balik senarai ni bila korang nak bercuti nanti.

Aqmal Ezany

I write what is right