Apakah yang anda lakukan untuk terus hidup sekiranya perang nuklear berlaku secara tiba-tiba? Jangan risau, anda tidak bersendirian jika anda bimbang semasa menonton berita atau mendengar apa-apa isu semasa berkaitan serangan nuklear.
Sesetengah pihak berkata risiko perang nuklear tidak boleh digambarkan, tetapi dengan pengetahuan yang ada perkara ini akan boleh memberi pendedahan kepada anda untuk memastikan keselamatan diri sendiri terjamin.
Berikut merupakan sembilan fakta yang disenaraikan namun tiada siapa yang tahu perkara sebenar yang akan berlaku dalam perang nuklear berskala besar. Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil langkah untuk bersedia menghadapi serangan nuklear pada skala yang lebih kecil.
Dalam panduan langkah ini, akan dirangkumi semua perkara yang perlu anda diketahui supaya lebih bersedia dan bertahan sebelum atau selepas serangan nuklear berlaku.
1. Membuat perancangan awal
Jika serangan nuklear benar-benar berlaku, ia tidak selamat untuk meneroka di luar untuk mendapatkan bantuan seperti makanan dan lain-lain. Malah, anda perlu berlindung sekurang-kurangnya 48 jam ke atas untuk memastikan keselamatan diri terjamin. Tambahan pula, dengan memiliki bekalan makanan dan perubatan akan boleh menenangkan fikiran anda dan mampu mengembalikan fokus anda kepada aspek kelangsungan hidup yang lain.

2. Simpan stok makanan yang tidak mudah rosak
Simpan bahan yang tidak mudah rosak dan boleh bertahan dalam jangka masa yang lama untuk persediaan selepas berlakunya serangan nuklear tersebut. Anda perlu memilih makanan yang mengandungi karbohidrat yang banyak supaya memperoleh lebih banyak kalori. Malah, makanan tersebut perlu disimpan di tempat yang sejuk dan kering. Stok makanan yang boleh disimpan misalnya kekacang, buah-buahan dan sayuran yang kering, gandum dan sebagainya.

3. Simpan air
Jika ingin menyimpan air dalam bekas plastik, pastikan bekas tersebut dibersihkan terlebih dahulu dengan larutan peluntur. Kemudian, isi dengan air suling atau ditapis. Hal ini bertujuan untuk memastikan setiap orang mempunyai satu gelen air setiap hari. Untuk persediaan sekiranya berlakunya serangan, sediakan peluntur dan kalium ‘Lugol’s solution’ di rumah.

4. Dapatkan rangkaian komunikasi
Hal ini akan memastikan anda terus mendapat maklumat dan memudahkan orang lain untuk mengesan kedudukan anda. Ini merupakan perkara yang mungkin anda perlukan.
Misalnya, radio yang menyiarkan maklumat kecemasan selama 24 jam sehari. Malah, jika anda menggunakan radio yang hanya dapat dikendalikan dengan bateri pastikan anda mempunyai bateri ganti sebagai pertukaran.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan wisel untuk memberi isyarat meminta bantuan.
Selain itu, telefon bimbit. Perkhidmatan sel mungkin dikekalkan dan mungkin tidak. Jadi, anda perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi. Jika boleh, cari pengecas solar untuk memastikan telefon bimbit anda dapat berfungsi dengan baik.

5. Simpan bekalan perubatan
Dengan mempunyai bekalan ubat yang mencukupi keselamatan anda akan lebih terjamin sekiranya anda mengalami kecederaan dalam serangan itu. Ini adalah contoh barangan perubatan yang anda perlukan.
Yang pertama, kit pertolongan cemas. Bagi persediaan ini, anda perlu membeli pra-pembungkusan atau anda boleh sediakannya sendiri. Misalnya barangan seperti kain pembalut, gunting,, termometer, antibiotik dan sebagainya.
Seterusnya, buku kecil arahan pertolongan cemas. Anda perlu tahu cara untuk membalut luka, memberi CPR, merawat luka bakat dan sebagainya.
Di samping itu, ubat dan bekalan preskripsi. Jika anda mengambil ubat tertentu setiap hari, pastikan anda mempunyai bekalan sekiranya berlaku kecemasan.

6. Dapatkan pelbagai barangan yang lain
Anda perlu melengkapkan kit kecemasan seperti lampu suluh, topeng anti-habuk, pelapik plastik, pita pelekat, beg sampah dan kain lap untuk sanitasi diri. Malah, alatan seperti spanar dan playar juga diperlukan untuk menutup utiliti seperti gas dan air.

7. Sentiasa terdedah dengan isu semasa atau berita
Serangan nukluer tidak mungkin berlaku secara tiba-tiba daripada negara musuh. Serangan tersebut mungkin bermula daripada keadaan politik yang semakin merosot. Serangan dengan senjata konvensional antara negara yang memiliki senjata nuklear boleh berubah menjadi perang nuklear jika tidak ditamatkan dengan pantas.
Malah, serangan nuklear yang terhad di satu rantau boleh membawa ke arah perang nuklear secara habis-habisan. Hal ini disokong oleh banyak negara yang mempunyai sistem penarafan yang menandakan hampirnya serangan nuklear. Contohnya, di Amerika Syarikat dan Canada yang boleh mengetahui tahap atau keadaan pertahanan (DEFCON- DEFense CONdition).

8. Risiko dan pertimbangkan pemindahan jika pertukaran nuklear berlaku
Jika pemindahan bukan pilihan, maka sekurang-kurangnya carilah tempat yang anda pilih untuk berlindung. Anda juga perlu tahu jarak anda dengan kawasan sasaran yang berikutnya dan rancang pergerakan sewajarnya.
Tempat seperti lapangan terbang atau pangkalan tentera laut iaitu tempat yang diketahui menempatkan bom nuklear, kapal selam peluru berpandu balistik atau ‘ICBM silos’, pasti akan diserang walaupun dalam pertukaran nuklear yang terhad.
Pelabuhan dan landasan komersial kira-kira 10,000 kaki (3,048 meter) juga mungkin akan diserang walaupun dalam pertukaran nuklear terhad apatah lagi dalam perang nuklear secara habis-habisan.
Selain itu, pusat pemerintahan, bandar perindustrian dan pusat penduduk utama juga mungkin akan diserang sekiranya berlaku perang nuklear secara habis-habisan.

9. Ketahui tentang pelbagai jenis senjata nuklear
Yang pertama ialah ‘Fission (A-Bombs)’ merupakan senjata nuklear paling asas dan digabungkan dalam kelas senjata lain. Kuasa bom ini datang daripada membelah nukleus berat iaitu plutonium dan uranium dengan neutron. Apabila uranium dan plutonium berpecah, maka setiap atom akan membebaskan sejumlah besar tenaga iaitu banyak kepada neutron.
Neutron akan menyebabkan tindak balas nuklear yang sangat cepat. Bom pembelahan adalah satu-satunya jenis bom nuklear yang digunakan dalam peperangan setakat ini dan merupakan jenis bom yang digunakan oleh pengganas.
Selain itu, ‘Fusion (H-Bombs)’ yang menggunakan haba luar biasa seperti ‘spark plug”, bom pembelahan, haba deuterium dan tritium (isotopes hidrogen) yang bercantum dan membebaskan sejumlah tenaga.
Senjata gabungan ini juga dikenali sebagai senjata termonuklear kerana suhu yang tinggi diperlukan untuk menggabungkan deuterium dan tritium iaitu merujuk kepada senjata yang beratus-ratus kali lebih kuat daripada bom yang memusnahkan Nagasaki dan Hiroshima. Malah, sebahagian besar senjata strategik ini dipercayai dimiliki US dan Rusia.

Sumber: wikiHow