Siakap Keli
Kredit BERNAMA/ The Independent

Pencemaran Udara Didapati Mampu Sebabkan Wanita Jadi Gemuk – Kajian

Pencemaran Udara Didapati Mampu Sebabkan Wanita Jadi Gemuk – Kajian

Satu kajian terbaru mendapati bahawa pendedahan kepada udara yang tercemar dalam jangka masa yang panjang mampu menyebabkan peningkatan berat badan wanita berusia dalam lingkungan lewat 40-an hingga 50-an, lapor New York Post

“Pemerhatian terhadap wanita yang terdedah kepada kualiti udara tercemar, khususnya mempunyai tahap zarah halus yang tinggi, seperti nitrogen dioksida dan ozon dilihat telah menyebabkan peningkatan dalam saiz badan wanita,” menurut pengarang kajian Xin Wang, penyiasat penyelidikan epidemiologi di Univerisit Michigan.

Pendedahan kepada pencemaran udara dikaitkan dengan lemak badan yang tinggi, perkadaran lemak dan jisim tanpa lemak yang lebih rendah untuk wanita pertengahan umur, lapor EurekAlert.

Data yang dikumpulkan itu melibatkan seramai 1,654 wanita dari pelbagai kaum dan warna kulit, seperti wanita kulit putih, Hitam, Cina dan Jepun daripada Kajian Kesihatan Wanita Di Seluruh Dunia. Wanita yang terlibat berumur hampir 50-an, telah dikumpul dari tahun 2000 hingga 2008.

Laporan EurekAlert juga menyatakan bahawa lemak badan meningkat sebanyak 4.5% atau kira-kira 2.6 paun.

Persekitaran tempat tinggal mereka yang terlibat juga diukur berdasarkan relatif yang mengelilingi keadaan sekeliling tempat tinggal mereka.

Bagaimanapun, senaman dan aktiviti fizikal boleh menjadi penghalang kepada kesan dalam penemuan kajian ini, menurut kajian tersebut.

Wang juga berkata, kajian itu hanya tertumpu kepada wanita pertengahan umur dan penemuan ini tidak boleh digeneralisasikan kepada wanita atau lelaki yang lebih muda atau yang lebih berusia.

Sumber: New York Post Eurek Alert

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.