Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gara-gara gagal dapatkan janji temu bersama doktor gigi, seorang lelaki di London didakwa tekad mencabut giginya sendiri menggunakan playar selama lebih 10 tahun, lapor Oddity Central.
Perkara itu mengejutkan seluruh negaranya kerana bekas penjual daging dari United Kingdom (UK) itu memaklumkan dia berbuat demikian kerana tidak dapat berjumpa dengan doktor gigi yang profesional.
Lelaki yang berusia 50 tahun itu berkata keadaan kewangannya menjadikannya mustahil untuk mendapatkan penjagaan peribadi, jadi dia terpaksa membuat janji temu dengan hospital kerajaan.
Namun dakwanya, dia terpaksa menunggu lama sehingga terpaksa membuat keputusan untuk mencabut giginya sendiri beberapa tahun lalu.
“Saya gagal mendapatkan janji temu doktor gigi di hospital kerajaan selama 10 atau 15 tahun. Saya telah mencuba untuk mendapatkan rujukan doktor namun tiada tempat yang akan mengambil saya sebagai pesakit.
“Saya menunggu sehingga gigi itu longgar dan kemudian cuba untuk melonggarkannya sendiri dan mencabutnya. Saya pernah menggunakan playar besar pada masa lalu tetapi kebanyakannya hanya menggunakan jari,” katanya.
Seperti yang diketahui mencabut gigi sendiri adalah perkara yang sangat menyakitkan, lebih-lebih lagi jika dalam masa yang sama turut mengalami kesakitan akibat daripada kaviti atau jangkitan mulut.
Walau bagaimanapun, lelaki itu berkata dia dapat mengharunginya dengan mengambil alkohol serta ubat tahan sakit selepas mencabut gigi.
“Saya minum alkohol dan menelan ubat tahan sakit sehingga gigi itu keluar. Keesokan paginya ada sedikit darah.
“Rasanya tidak begitu baik, pada penghujung hari saya perlu mencabutnya sendiri ketika sepatutnya saya perlu dijaga seseorang,” ujarnya lagi.
Sumber: Oddity Central