Guinness World Records Isytihar Hari Isnin Sebagai Hari Paling Teruk Dalam Seminggu
Badan penyimpan rekod dunia, Guinness World Records telah mengisytiharkan bahawa hari Isnin sebagai ‘hari paling teruk dalam seminggu’.
Guinnes World Records telah mengumumkan perkara tersebut melalui akaun Twitter rasminya pada Isnin lalu.
we're officially giving monday the record of the worst day of the week
— Guinness World Records (@GWR) October 17, 2022
Kebanyakan pengguna Twitter didapati bersetuju dengan pengumuman dari Guinness tersebut.
Malah, ada sesetengah pengguna Twitter yang mengatakan bahawa Guinness ambil masa terlalu lama untuk mengisytiharkan hari Isnin sebagai hari yang paling teruk dalam seminggu.
Selain itu, ada juga yang mengulas bahawa hari Isnin memang layak untuk diisytihar sebagai hari yang paling teruk.
Hal ini kerana Isnin merupakan hari permulaan dalam setiap minggu dan dianggap sebagai hari untuk memulakan minggu dengan bersemangat.
Namun begitu, ramai yang tidak gembira dengan hari Isnin kerana ianya bermula selepas hujung minggu dan kebanyakan orang berasa malas dan tidak bersemangat untuk bekerja pada hari Isnin.
Walau bagaimanapun, pengumuman berkenaan hanya dimuat naik di Twitter dan tidak dinyatakan dalam laman web rasmi mereka.
Tweet tersebut telah mendapat lebih 90,000 retweet dan 400,000 tanda suka oleh pengguna di laman Twitter.
Sumber: Wion News, Free Press Journal