Siakap Keli
MFL mansuh kelebihan away goal
Kredit BERNAMA

MFL Mansuh Kelebihan ‘Away Goal’ Selaras Perubahan UEFA, AFC

MFL mansuh kelebihan ‘away goal’ selaras perubahan UEFA, AFC

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) — Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil keputusan memansuhkan pelaksanaan peraturan jaringan tempat lawan dalam kejohanan kalah mati berkuatkuasa hari ini, selaras dengan perubahan masa kini.

Badan pentadbir Liga Malaysia itu dalam kenyataannya memaklumkan, ia melibatkan Artikel 2.6.3(iv) dan (vi) Peraturan Pertandingan dalam Manual Liga Malaysia, yang berkaitan peraturan semasa untuk menentukan kelab pemenang dalam pertandingan kalah mati yang turut merangkumi peraturan jaringan tempat lawan.

Kenyataan MFL itu menyatakan, Kesatuan Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA) telah memutuskan untuk memansuhkan peraturan jaringan tempat lawan bermula musim 2021/2022, sementara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pula memaklumkan akan melakukan yang sama bermula musim depan.

“Justeru MFL telah memutuskan untuk menyelaraskan peraturannya dengan perubahan terkini AFC dan UEFA, dengan memansuhkan peraturan kelebihan ‘away goal’ dalam kejohanan kalah mati.

“Perubahan peraturan ini bermakna bahawa perlawanan yang terikat secara agregat selepas 180 minit timbal balik, akan dilanjutkan ke masa tambahan selama 30 minit. Jika kedua-dua pasukan masih terikat, maka pemenang perlawanan akan ditentukan menerusi sepakan penalti,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, MFL mengesahkan pemansuhan tersebut akan berkuatkuasa dalam kejohanan Piala Malaysia, yang dijadual membuka tirai pada 26 Okt ini.

Sumber: BERNAMA

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.