Percutian Bertukar Tragedi, Dua Pelancong Dilapor Maut Terlibat Insiden Belon Udara Panas Di Cappadocia
Dua pelancong Sepanyol dilaporkan maut di Ankara, Turki manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan belon udara panas yang berlaku di Cappadocia pada Selasa semalam, lapor Hurriyet Daily News.
“Belon udara panas milik syarikat swasta yang berlepas dari lokasi runtuhan Zelve di daerah Avanos pada pukul 7.25 pagi melakukan pendaratan yang kurang stabil di wilayah Killik di bandar Kavak kerana angin tiba-tiba sahaja bertiup kencang,” lapor Pejabat Gabenor Nevşehir dalam satu kenyataan.
“Antara 28 penumpang dan 2 kru yang turut berada di dalam belon udara tersebut, dua warga Sepanyol kehilangan nyawa mereka, sementara tiga warga Sepanyol yang lain cedera.”
Menurut pihaknya lagi, ketiga-tiga daripada mereka yang cedera telah mendapatkan rawatan di hospital di wilayah Anatolia Tengah.
Pejabat gabenor mengatakan bahawa siasatan kehakiman serta siasatan terhadap pihak pentadbiran akan mula dijalankan.
Seperti yang diketahui, Cappadocia ialah lokasi bersejarah yang terletak dalam sempadan enam wilayah Anatolia Tengah.
Ia sangat terkenal dan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
Sumber: Hurriyet Daily News