Siakap Keli
nyamuk jadi daging burger
Gambar: tangkap layar video

Unik, Orang Afrika Jadikan Nyamuk Sebagai Daging Burger, Dakwa Kaya Protein

Dianggap kaya dengan protein, segelintir penduduk Afrika jadikan nyamuk sebagai makanan harian kerana percaya serangga itu mempunyai nilai pemakanan yang sangat tinggi sehingga menjadikannya sebagai daging burger.

Memetik iMedia, bagi warga Afrika musim panas merupakan musim yang paling ditunggu oleh mereka kerana ketika itu nyamuk berada di mana-mana tempat disebabkan suhu yang tinggi mengundang serangga itu untuk keluar.

Untuk cara menangkapnya pula, mereka menggunakan alat yang terbaik seperti periuk dan kuali disebabkan warnanya yang gelap supaya serangga itu akan pengsan di dalamnya.

Tangkap Layar Video

Selain itu, terdapat juga cara yang lain untuk menangkapnya. Bagi kanak-kanak, mereka menangkapnya menggunakan jaring tebal yang ditenun atau alatan yang pelik yang boleh menangkap nyamuk secara berkumpulan.

Selesai ditangkap, mereka akan mengumpul dan menyimpan nyamuk itu untuk membuat kuih nyamuk atau daging burger. Bagi orang Afrika yang mempunyai pendapatan yang kecil, itu merupakan hidangan yang mewah.

Walaupun mereka mempunyai persekitaran memasak yang terhad namun itu tidak menjadi penghalang buat mereka yang mampu secara sederhana untuk memasak.

Nyamuk itu kemudiannya dibungkus padat dalam besen dan akan diikat  menggunakan tangan serta menghancurkannya berulang kali seperti membuat dumpling selain menekan dan membentuknya menjadi kek.

Ada sesetengah orang Afrika suka untuk memakan serangga itu secara kosong dengan menggoreng tanpa menambah sebarang perasa supaya rasa asli nyamuk itu dapat dikekalkan.

Selain menggoreng, nyamuk itu boleh juga dimasukkan ke dalam periuk untuk dikukus dan selepas 20 minit kuih nyamuk itu boleh siap dihidang untuk makan.

Tangkap Layar Video

Mengikut perangkaan awal, bilangan nyamuk yang diperlukan untuk setiap kepingan patty dianggarkan sebanyak hampir 500,000 ekor. 

Disebabkan nyamuk merupakan serangga yang menghisap darah manusia, ia kaya dengan protein yang telah melebihi protein yang terkandung dalam daging lembu kira-kira tujuh kali ganda. Nutrisi ini sangat mudah diserap oleh badan dan mempunyai kesan yang baik.

Seorang warga Afrika tempatan pernah berkata bahawa rasa nyamuk itu sangat sedap dan merupakan makanan yang paling lazat pernah dirasai.

“Rasa nyamuk dan kek ini sama seperti ayam, ia sangat segar dan lembut. Ia juga mempunyai wangian badam yang ringan. Ini adalah makanan paling lazat, ia boleh dikatakan lebih tulen, burger daging berpuluh-puluh kali ganda lebih lazat,” katanya.

Sumber: iMedia

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.