Siakap Keli
tumpuan gigitan nyamuk
Gambar: Dinkes Kalbar

Anda Asyik Jadi Tumpuan Gigitan Nyamuk? Kajian Ini Dedah Kenapa

Pernahkah anda terpikir mengapa nyamuk seakan memilih orang untuk menjadi mangsanya? Adakah anda tergolong dalam kalangan yang mampu menarik perhatian seekor nyamuk?

Menurut Jurnal Saintifik Cell yang baru diterbitkan pada hari Selasa (18 Oktober) seperti yang dilaporkan Channel News Asia (CNA), nyamuk mungkin tertarik pada bau kulit anda.

Hal ini kerana setiap orang mempunyai bau yang terdiri daripada sebatian kimia yang berbeza. Malah, penyelidik mendapati bahawa orang yang menghasilkan tahap asid karbonsilik yang tinggi akan lebih menarik perhatian nyamuk.

Asid karbonsilik ini merujuk kepada asid organik seperti asid amino dan asid lemak yang dihasilkan dalam sebum badan manusia iaitu bahan berminyak dan berlilin yang terdapat pada kulit.

Asid ini bertujuan untuK melindungi kulit di samping memastikannya sentiasa lembab.

Hal ini dibuktikan melalui satu eksperimen yang dijalankan iaitu melibatkan seramai 64 orang sukarelawan. Mereka akan diminta untuk memakai stoking nilon di sekeliling lengan supaya penyelidik dapat mengumpulkan sampel bau kulit mereka.

Selama beberapa bulan, penyelidik meletakkan dua stoking yang berbeza di dalam bekas tertutup yang menempatkan nyamuk Aedes aegypti betina untuk melihat kecenderungan nyamuk tersebut memilih.

Sebagai pengetahuan umum, nyamuk Aedes aegypti ini menyebarkan penyakit seperti denggi dan Zika.

Gambar: iStock

Satu lagi penemuan melalui round-robin iaitu menunjukkan bahawa sesetengah orang akan terlihat lebih menarik daripada orang lain kepada nyamuk.

Malah, nyamuk mempunyai magnet terbesar iaitu skor daya tarikan 100 kali lebih tinggi daripada dua subjek yang kurang menarik.

Analisis profil bau pula menunjukkan bahawa orang yang paling menarik cenderung untuk menghasilkan tahap asid karbonsilik yang tinggi pada kulit mereka dan bergitu juga sebaliknya.

Kajian itu juga mendapati meraka yang mampu menarik perhatian nyamuk berkemungkinan besar akan kekal menarik.

Hal ini kerana kebanyakan bakteria kulit akan kekal aktif dalam liang-liang kulit iaitu terlindung daripada faktor luar seperti kebersihan diri dan perubahan cuaca bermusim.

Malah, penyelidik berkata penemuan daripada kajian itu mungkin mempunyai kepentingan kepada impliksi kesihatan awam kerana di kawasan endemik penyakit sebahagian kecil manusia akan mudah disasarkan.

“Dengan memahami apa yang menjadikan seseorang sebagai “magnet nyamuk”, kami mencadangkan cara untuk mereka membentuk intervensi secara rasional seperti manipulasi miktobiota kulit untuk menjadikan seseorang kurang menark kepada nyamuk,” kata pengkaji itu.

“Kami mencadangkan keupayaan untuk meramal individu yang mempunyai daya tarikan yang tinggi bagi membolehkan penggunaan sumber yang lebih berkesan untuk memerangi penyebaran patogen bawaan nyamuk,” tambahnya.

Sumber: CNA

 

 

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.