Siakap Keli
watak sesame street dedah nama sebenar
Gambar: Daily Mail

Bukan “Cookie Monster”, Watak Animasi Popular Dalam Siri Sesame Street Dedah Nama Sebenar

Bukan “Cookie Monster”, Watak Animasi Popular Dalam Siri Sesame Street Dedah Nama Sebenar

Selepas membuat penampilan sulungnya dalam siri animasi kanak-kanak pada tahun 1960-an, watak animasi Cookie Monster dalam siri Sesame Street terkenal dengan perwatakannya yang amat obses dengan biskut.

Dalam siri tersebut, Cookie sering menyuap biskut ke dalam mulutnya dengan sangat pantas. Apabila dia sedang memakannya, kenikmatan itu benar-benar dapat dirasai.

Seperti sedia maklum, ramai peminat kartun Cookie Monster ini mengetahui bahawa dia tidak pernah diajar tentang asas tatabahasa di sekolah kerana sering menggantikan “Me” kepada kata ganti nama diri “I”, “My” dan “Mine”, dakwa UNILAD.

Gambar: UNILAD

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa nama Cookie Monster itu bukanlah nama sebenarnya. Walaupun cintanya terhadap biskut ditunjukkan dengan jelas, tetapi namanya yang sebenar bukanlah seperti apa yang disangkakan.

Baru-baru ini, watak Cookie Monster telah mengejutkan peminatnya dengan mendedahkan bahawa dia mempunyai nama sebenar yang mungkin tidak diketahui ramai.

Menerusi akaun Twitter rasminya, Cookie Monster memuat naik satu tweet dengan berkata “Adakah anda tahu nama saya ialah Sid? Tetapi saya masih suka dipanggil Cookie Monster.”

Gambar: NY Breaking

Memetik laporan UNILAD, tweet tersebut telah mengejutkan ramai peminat kartun berkenaan sehingga mendapat ribuan retweet serta tanda suka.

Selain itu, terdapat beberapa pengguna Twitter memberi komen yang menarik terhadap tweet yang dimuat naik oleh Cookie Monster itu.

“Saya tidak akan dapat melihat kartun zaman kanak-kanak saya sekarang”

“Saya kenal awak selama 45 tahun dan saya baru tahu hari ini.”

“Perlu tunjukkan ID terlebih dahulu sebelum saya dapat terima kenyataan ini, Cookie.”

“Saya ditipu seumur hidup saya dan saya tidak boleh bernafas.”

“Maafkan saya. Saya dibesarkan dengan kartun Cookie Monster. Takkan ada perubahan nama. Cookie Monster dengan Sid tidak sama.” komen pengguna Twitter.

Walau bagaimanapun, beberapa peminat tegar kartun ini menyatakan bahawa maklumat tersebut bukanlah maklumat yang baharu. Sebelum ini, Cookie Monster telah mendedahkan nama sebenarnya dalam episod Sesame Street 2004.

Selain itu juga, dalam lagu bertajuk The First Time Me Eat Cookie juga ada menyatakan “In fact, back then, me think me name was Sid.”

Sumber: UNILAD

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.