Siakap Keli
Kredit: TikTok

Imbau Nostalgia Anak-anak Peneroka, Abang Ni Kongsi Cara Nak Buat Gula-gula Kelapa Sawit

Imbau Nostalgia Anak-anak Peneroka, Abang Ni Kongsi Cara Nak Buat Gula-gula Kelapa Sawit

Kepada anak-anak peneroka, apakah kenangan sewaktu anda masih lagi di zaman kanak-kanak? Seperti kanak-kanak yang lain, anak-anak peneroka ada banyak meluangkan masa dengan bermain bersama-sama rakan-rakan.

Yang menjadikan pengalaman anak peneroka ini lebih istimewa, apabila mereka seolah-olah memiliki hubungan yang rapat dengan salah satu tumbuhan yang sinonim dengan iklim Malaysia, iaitu pokok kelapa sawit.

Ibu pernah bercerita, semasa dia kecil dahulu, dia bersama adik beradiknya sering membakar ubi bakar sewaktu membantu ibu bapa mereka menguruskan ladang kelapa sawit.

Ubi yang dibakar tersebut dimakan panas dan rasanya sangat sedap. Namun, itu bukanlah satu benda yang paling mengujakan anak-anak peneroka pada ketika dahulu.

Apa yang mengujakan mereka adalah, membuat manisan berasaskan kelapa sawit iaitu gula-gula kelapa sawit. Cara masakannya juadah unik ini seakan-akan Tanghulu iaitu manisan buahan bersadur gula yang berasal dari China.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Namun perbezaan ketara antara Tanghulu dengan gula-gula kelapa sawit ini adalah sudah semestinya penggunaan relai kelapa sawit sebagai asas kepada manisan tersebut.

Seorang pemuda TikTok, bangCoco (@zamianrapsodyofficial ) telah memuatnaik sebuah video yang berdurasi sekitar 1 minit menerusi akuan TikToknya. Perkongsian dalam video tersebut menyebabkan ramai warganet yang seakan-akan kembali ke zaman 80-an.

Dalam video tersebut, beliau menunjukkan proses bagaimana untuk menghasilkan manisan yang boleh dikira ‘lejen’ dalam kalangan anak peneroka. Video tersebut telah meraih 1.2 juta jumlah tontonan, 47.5k tanda suka, 1808 komen dan dikongsi sebanyak 1831 kali.

Pada permulaan video, lelaki tersebut telah pergi ke dalam ladang kelapa sawit dan mengutip beberapa biji relai yang bersaiz kecil di tandan kelapa sawit tersebut. Setelah berpuas hati dengan hasil kutipan, dia pulang ke rumah dengan menunggang motorsikalnya.

Kredit: TikTok

Setelah sampai ke rumah, biji relai yang dikutip tadi dicuci sehingga bersih dengan menggunakan air. Setelah biji-biji relai tersebut dicuci dengan bersih, ia ditoskan dengan menggunakan penapis.

Seterusnya, lelaki tersebut memasukkan secawan air ke dalam periuk dan menghidupkan air dapur. Biji-biji relai yang ditoskan tadi dimasukkan dalam periuk tersebut dan dimasak sehingga mendidih.

Menurut BangCoco, kulit biji kelapa sawit akan merekah apabila ia sudah masak. Apabila biji-biji relai yang dimasak tadi menunjukkan tanda-tanda tersebut, empat sudu besar gula dimasukkan ke dalam periuk.

Dalam video tersebut, lelaki tersebut mengacau sebatian tersebut sehingga air gula tersebut kelihatan hampir kering. Akhir sekali, gula-gula tersebut sedia dihidangkan di atas bekas seperti pinggan ataupun mangkuk.

Kredit: TikTok

Manisan unik ini sangat mudah dibuat dan memiliki rasa manis-manis lemak dan rasanya seakan-akan buah avocado. Namun, peredaran zaman menyebabkan manisan ikonik bagi anak-anak peneroka semakin luput ditelan zaman.

Semoga anak-anak peneroka dapat berkongsi kisah mengenai zaman kanak-kanak anda di ladang kelapa sawit kepada generasi yang akan datang. Lebih afdal jika anda hidangkan manisan ini sekali ini untuk memberikan ‘impak’ dan memudahkan penyampaian kisah anda terhadap anak-anak.

Berikut merupakan video tersebut:

@zamianrapsodyofficial

Menu nostalgia kanak2 anak peneroka dulu2😋😋#fypシ #sawit #salak #fypberandatiktok @fivezal1 @AizenWinchester_84 @@BangCoco🐌

♬ EL NOPAL – Goliath Flores

BACA JUGA: Bawa Myvi Sendiri, Wanita Kongsi “Roadtrip” Keluarga 6H5M Ke Hatyai & Krabi, Modal Tak Sampai RM 3k

Sumber: @zamiarapsodyoficial via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: