Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, sepanjang proses PRU 15 dan PRK DUN Bugaya, seramai 363,515 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan sesi tersebut.
“Manakala, sebanyak 8,958 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 38,348 saluran dan 578 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 970 saluran awal akan digunakan.
Beliau mengatakan bahawa terdapat 9,536 buah pusat mengundi dengan 39,318 tempat saluran secara keseluruhan.
“PRU15 dan PRK DUN N.66, Sabah ini dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM1.01 bilion,” berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan.
Baru-baru ini, Siakap Keli melaporkan pengumuman tarikh-tarikh penting PRU 15 oleh SPR dalam satu siaran langsung yang diadakan di Menara SPR.
Menerusi siaran langsung itu, SPR menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi PRU15.
BACA JUGA: Rasmi, 19 November 2022 Tarikh PRU 15
Dalam laporan tersebut, SPR turut menetapkan tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November 2022 yang jatuh pada hari Sabtu. Bagi pengundian awal pula, ditetapkan pada 15 November 2022 iaitu hari Selasa. SPR juga menetapkan hari berkempen selama 15 hari.
Tiga buah negeri iaitu Pahang, Perak dan Perlis juga akan turut mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serentah dengan PRU 15 selepas kerajaan negeri mengambil keputusan untuk membubarkan DUN masing-masing.
Sumber: Astro Awani