‘Abang Viva’ tamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya
Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ hari ini telah menamatkan zaman bujangnya bersama wanita pilihan hatinya, Evanoza binti Zakaria.
Perkongsian itu dibuat oleh seorang fotografi perkahwinan di laman Facebooknya yang bernama Aziziang Photography.
“Alhamdulillah, abang Viva dah kahwin guys! Tahniah Azwan Omar dan isteri tercinta Evanoza. Terima kasih juga ‘support’ Aziziang Photograhy,” tulis muat naik Facebook berkenaan bersama beberapa gambar perkahwinan pasangan tersebut.

Terdahulu, Abang Viva sekali lagi menarik perhatian warganet ekoran aksi tunjuk cincin semasa sedang ‘live’ bersama seorang wanita bernama ‘Eva’ di TikTok baru-baru ini.
Abang Viva adalah seorang figura yang menjadi terkenal selepas kisahnya membawa bot getah yang diusung menggunakan Perodua Viva ke kawasan bencana untuk membantu mangsa-mangsa banjir tular di media sosial.
Semoga rumah tangga yang dibina Abang Viva bersama pasangannya berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Sumber: Aziziang Photography, Siakap Keli