Siakap Keli
Gambar via Facebook

‘Abang Viva’ Komen Dalam ‘Live’ Isu Ada Pihak Gunakan Namanya Untuk Minta Sumbangan

Nama Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ sempat mendapat sperhatian netizen baru-baru ini, setelah tular dirinya turun ke kawasan terjejas banjir berbekalkan RM50, sebuah kereta Perodua Viva dan bot miliknya untuk membantu mangsa terkesan.

Namun disebalik kebaikan insan berhati mulia ini, masih ada pihak tak bertanggungjawab yang menggunakan namanya untuk mendapatkan sumbangan. Isu ini pernah disangkal Azwan melalui sebuah hantaran di laman Facebook miliknya.

Melalui sesi live bersama Siakap Keli TV sebentar tadi, Azwan turut memberi komen lebih lanjut mengenai isu penyalahgunaan namanya oleh individu tak bertanggungjawab yang menurut Azwan lebih daripada seorang.

“Kalau bab tu rasanya memang ramai yang gunakan nama saya, saya tahu benda tu.

“Saya pun manusia. Saya tak boleh nak halang apa yang orang buat, itu bukan kuasa saya.

“Apa yang boleh saya terangkan, saya terangkan, saya akan betulkan balik keadaan tu. Tapi mana yang saya tak boleh buat apa tu saya biar jelah, saya terpaksa diam.

“Sebab yang guna nama saya ni bukan seorang dua. Macam-macam jenis orang, macam-macam cara jugak mereka gunakan nama saya.

“Jadi saya tak boleh nak selesaikan semua sekali. Mana yang saya mampu je saya buat,” jelas Azwan.

Bercakap tentang sumbangan yang masih lagi  disalurkan ke akaun bank miliknya, Azwan menerangkan bahawa dana yang diperolehinya disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir namun pada skala yang lebih kecil.

Sumber: Siakap Keli TV

Eyla Azri