Siakap Keli
abang viva tunjuk cincin
Gambar: Kosmo!

Abang Viva Lamar ‘Eva’, Tunjuk Cincin Semasa ‘Live’

Abang Viva sekali lagi menarik perhatian warganet ekoran aksi tunjuk cincin semasa sedang ‘live’ bersama seorang wanita bernama ‘Eva’ di TikTok baru-baru ini.

Menurut laporan Kosmo!, ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar turut menyebut nama wanita berkenaan ketika ‘live’ tersebut yang dipercayai bertujuan mahu melamarnya.

Dalam video itu, wanita tersebut kelihatan terkedu selepas Azwan mengeluarkan sebentuk cincin dan menunjukkan kepadanya.

“Ini serius, Evanoza binti Zakaria, sudi tak awak terima lamaran saya?

“Saya tanya, terima atau tidak,” ucapnya semasa siaran langsung itu, memetik Kosmo!.

Sementara itu, ruangan komentar video tersebut dihujani pelbagai reaksi daripada warganet, rata-ratanya gembira melihat gelagat mesra kedua-dua pasangan itu.

Difahamkan, mereka juga turut mendoakan agar hubungan Azwan dan kekasihnya itu kekal bahagia hingga ke alam perkahwinan.

“Tahniah untuk Abang Viva dan Eva, semoga kekal dan cepat-cepat kahwin,” komen salah seorang pengguna TikTok.

“Terbaik la Abang Viva, lamar dalam live terus, malu kakak itu nak jawab, kalau dia tak nak, saya nak, lamar saya pun boleh,”tulis penggun lain.

Abang Viva jadi hero banjir, nama disalah guna

Imbas kembali, ‘Abang Viva’ sempat mendapat perhatian netizen pada penghujung tahun lepas, setelah tular dirinya turun ke kawasan terjejas banjir berbekalkan RM50, sebuah kereta Perodua Viva dan bot miliknya untuk membantu mangsa terkesan.

Ketika itu, hampir segenap ruang media sosial dipenuhi dengan nama Abang Viva di mana-mana. Semuanya gara-gara jasa dan kebaikannya yang sanggup meredah banjir membantu mangsa dalam keadaan diri sendiri serba kekurangan.

Bagaimanapun, di sebalik kebaikan insan berhati mulia ini, masih ada pihak tak bertanggungjawab yang menggunakan namanya untuk mendapatkan sumbangan. Isu ini pernah disangkal melalui sebuah hantaran di laman Facebook miliknya.

Melalui satu sesi live bersama Siakap Keli TV beberapa bulan lalu, beliau turut memberi komen lebih lanjut mengenai isu penyalahgunaan namanya oleh individu tak bertanggungjawab yang menurutnya, lebih daripada seorang.

“Kalau bab tu rasanya memang ramai yang gunakan nama saya, saya tahu benda tu. Saya pun manusia. Saya tak boleh nak halang apa yang orang buat, itu bukan kuasa saya.

“Apa yang boleh saya terangkan, saya terangkan, saya akan betulkan balik keadaan tu. Tapi mana yang saya tak boleh buat apa tu saya biar jelah, saya terpaksa diam.

“Sebab yang guna nama saya ni bukan seorang dua. Macam-macam jenis orang, macam-macam cara jugak mereka gunakan nama saya. Jadi saya tak boleh nak selesaikan semua sekali. Mana yang saya mampu je saya buat,” jelasnya.

Sumber: Kosmo!

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?