Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Fazley Yaakob Buat Kejutan, Lamar Datuk Seri Vida Secara "Live"

Fazley Yaakob
Kredit: Threads Dato Seri Vida

Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida menerima kejutan malam ini apabila dilamar oleh penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.

Iklan

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Fazley dilihat melamar Vida di atas pentas Konsert Live 11.11 Mega Shock yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Lebih istimewa, Fazley turut menghadiahkan sebentuk cincin kepada Vida sebagai tanda lamaran tersebut.

Selain itu, persembahan dron turut diadakan bagi melengkapkan detik istimewa berkenaan.

“Sudikah awak berkahwin dengan saya?” demikian mesej yang dipaparkan menerusi persembahan dron tersebut.

Fazley dilihat seakan-akan sebak ketika menantikan jawapan daripada Vida.

Disaksikan oleh anak-anak mereka, Vida kemudian menerima lamaran berkenaan dengan memberikan jawapan ‘Ya’.

“Tengah mimpi ke ni, tolong sedarkan saya,” kongsi Vida menerusi hantaran berasingan.

Momen lamaran tersebut turut menjadi tular di media sosial, termasuk dalam kalangan pengguna yang menyaksikan sendiri persembahan dron di lokasi.

Sumber:Threads
Intipati
  • Datuk Fazley Yaakob melamar Datuk Seri Vida ketika Konsert Live 11.11 Mega Shock.
  • Lamaran itu disertai pemberian cincin dan mesej menerusi persembahan dron di lokasi.
  • Vida menerima lamaran tersebut dengan jawapan ‘Ya’ di hadapan anak-anak mereka.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan