Siakap Keli
Pilih "Teddy Bear" Ganti Rakan Sepasukan 
Gambar via Mothership

Terpaksa Berjuang Seorang Diri, Wakil Dota 2 Malaysia Pilih “Teddy Bear” Ganti Rakan Sepasukan 

Terpaksa Berjuang Seorang Diri, Wakil Dota 2 Malaysia Pilih “Teddy Bear” Ganti Rakan Sepasukan 

Pemain profesional Dota 2 Malaysia, Yap “xNova” Jian Wei dilaporkan terpaksa berentap secara berseorangan di atas pentas dalam pertandingan The International 2022 (Tl11) susulan rakan sepasukannya dijangkiti Covid-19.

Menurut Mothership, xNova hanya ditemani empat ekor teddy bear yang menyarung jersi pasukannya ketika perlawanan berlangsung di Suntec Arena semalam. 

Walau bagaimanapun, rakan pasukan yang lain juga turut bertanding tapi diasingkan di sebuah hotel disebabkan jangkitan virus Covid-19. Hanya dia satu-satunya peserta dalam pasukan yang tidak dijangkiti. 

Selain itu, xNova juga turut meluahkan perasaan ketika berentap secara bersendirian dia atas pentas menerusi laman Twitter miliknya sebaik sahaja perlawanan tersebut tamat. 

Disamping itu, dia juga berterima kasih kepada peminat di atas sokongan yang telah diberikan. 

Perlawanan epik

Menurut Yahoo, pasukan Royal Never Give Up (RNG) itu memulakan perlawanan dengan agak baik semasa dua hari pertama Tl11 berlangsung, namun gagal mengekalkan prestasi susulan seorang demi seorang ahli pasukannya disahkan dijangkiti Covid-19.

Gambar via Mothership

Pada hari pertama dan kedua, RNG berada disenarai teratas dengan sembilan kemenangan dan satu kekalahan sebelum tewas di setiap perlawanan pada hari ketiga dan tersingkir selepas itu. 

Pada hari ketiga pula, pemain veteran Somnus diuji positif untuk Covid-19 dan pasukan RNG kehilangan dua pemain pada hari tersebut. Pada penghujung acara di hari ketiga, lebih ramai pemain dilaporkan telah dijangkiti Covid-19. 

Walaupun begitu, pasukan itu masih meneruskan pertarungan epik menentang Entity pada 20 Okt. Perlawanan selama 107 minit itu merupakan pertarungan terpanjang dalam sejarah Tl. RNG akhirnya menamatkan perlawanan di tempat yang ke-13-16 dan membawa pulang RM1.18 juta sebagai saguhati. 

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: Mothership

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.