Siakap Keli
remaja tercampak dari jambatan
Gambar PDRM

Kanak-kanak Ditemui Lemah Disyaki Dirogol, Polis Tahan Lelaki Berusia 40 Tahun

Kanak-kanak Ditemui Lemah Disyaki Dirogol, Polis Tahan Lelaki Berusia 40 Tahun

Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun didakwa telah di bawa lari dan dipercayai telah dirogol di Pekan Semporna, Sabah pada Khamis, 20 Oktober 2022. 

Menurut Ketua Polis Daerah Semporna, Mohd Farhan Lee Bin Abdullah (SUPT) kanak-kanak tersebut didakwa telah di bawa lari oleh seorang lelaki dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux sekitar jam 8.30 ke kawasan yang tidak diketahui. 

“Pada hari yang sama, lebih kurang jam 9.30 malam mangsa telah ditemui oleh rakannya dalam keadaan lemah di belakang sebuah pasaraya di pekan tersebut. 

“Mangsa memaklumkan bahawa dia telah dirogol suspek yang telah menghantar mangsa ke tempat mangsa ditemui. Mangsa telah dihantar ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” jelasnya. 

Dalam pada itu, lebih kurang jam 2.30 tengah malam, suspek yang berusia 40 tahun telah berjaya ditahan oleh pasukan polis di sebuah rumah tidak bernombor di daerah Semporna pada Jumaat, 21 Oktober 2022. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merogol kanak-kanak bawah umur dua belas tahun uang jika disabitkan kesalahan akan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari 10 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan sebatan. 

“Suspek juga telah ditahan reman untuk siasatan lanjut,” tambahnya. 

Disamping itu, pihak polis juga memohon kepada orang awam atau saksi yang melihat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan. Kepada mereka yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat di talian 011-10145004 (INSP. Adham) atau mana-mana balai polis berhampiran. 

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: PDRM

Faiz Mustafa