Sebuah syarikat di Rusia tawar satu perkhidmatan kepada pelanggan untuk merasai sendiri pengalaman dikebumi dalam kubur.
Sebuah syarikat di Rusia menawarkan satu perkhidmatan ‘tidak masuk akal’ kepada pelanggan untuk berpeluang merasai sendiri pengalaman dikebumikan hidup-hidup dengan hanya perlu membayar sebanyak RM270,066, lapor New York Post semalam.
Pengasas syarikat berkenaan memaklumkan inisiatif baharu itu pada awal minggu ini dengan menjanjikan bahawa mereka mahu membantu pelanggan merasai sesuatu pengalaman yang baharu dan ‘kebolehan psikik’ serta menangani perasaan takut dan bimbang selepas pengebumian.
Tambah syarikat berkenaan mereka turut mendakwa bahawa tawaran tersebut merupakan simbol sebenar berjuang untuk diri sendiri dan untuk kebahagian pada masa hadapan diri sendiri menerusi satu hantaran di Instagram.
Difahamkan, terdapat dua pakej yang ditawarkan kepada pelanggan tersebut iaitu pengebumian secara atas talian yang memperuntukkan pelanggan membayar sebanyak RM71,070 sebagai terapi kepada tekanan ketakutan dan kebimbangan.
Selain itu, pelanggan turut ditawarkan dengan ‘pengebumian secara penuh’ yang membuatkan mereka merasai pengalaman dikuburkan selama satu jam.
Tambahan lagi, pakej pengebumian penuh itu turut termasuk dengan upacara keagamaan dan kesedaran yang dihidupkan secara menyeluruh mengenai misi mereka dengan cara memperbaharui keinginan untuk hidup seseorang.
Sumber: New York Post
BACA JUGA: Iklan Kerja Kosong: Syarikat Tawar Gaji Lumayan RM347,000, Hanya Perlu Rasa Gula-Gula