Siakap Keli
cuci gigi
Gambar: Pixabay

Gigi Rasa Jarang, Ini Lima Mitos Lain Selalu Anda Rasa Selepas “Scaling” Gigi

Gigi Rasa Jarang, Ini Lima Mitos Lain Selalu Anda Rasa Selepas “Scaling” Gigi

Selain menjaga kesihatan tubuh badan, gigi juga merupakan anggota yang penting perlu dijaga dengan betul untuk mengelakkan berlaku kerosakan serta penyakit gusi.

Penjagaan gigi perlu dilatih sejak kecil kerana jika tidak banyak kaviti dan plak akan terkumpul dan mengakibatkan pembentukan bakteria di dalam mulut. Namun terdapat beberapa perkara yang salah anggap keadaan gigi mereka selepas mendapatkan rawatan di klinik dan memberi kesan yang tidak selesa kepada mereka.

Mari kami kongsikan beberapa mitos menarik yang di muat turun seorang doktor gigi di laman Twitter miliknya @ArepJawa tentang mitos selepas mencuci gigi di klinik.

1. Gigi terasa jarang selepas dicuci

Lima Mitos Yang Anda Perlu Elakkan Tentang Cuci Gigi
Kredit: Harian Post

Gigi terasa jarang disebabkan oleh karang sekeliling gigi dan karang gigi juga disebut dengan ‘calculus’. Penyebab karang gigi yang tebal sangat menyebabkan mulut terbiasa dengan ketebalan palsu tersebut. ‘Jarang’ yang dirasakan itulah sebenarnya ketebalan yang sebenarnya.

2. Gigi Bergoyang Selepas Dicuci

Lima Mitos Yang Anda Perlu Elakkan Tentang Cuci Gigi
Kredit: Freepik

Punca gigi anda terasa goyang adalah kerana karang gigi yang terbentuk sebelum ini dan telah menjadi penyakit periodontitis atau radang saraf sokongan gigi. Penyakit radang ini akan mengakibatkan gusi menyusut dan saraf sokongan gigi serta tulang rahang mula rosak.

3. Gusi Mudah Berdarah Selepas Dicuci

Lima Mitos Yang Anda Perlu Elakkan Tentang Cuci Gigi
Kredit: Penyebab Gusi Berdarah

Gusi mudah berdarah bukan disebabkan kesan mencuci tetapi radang gusi atau gingivitis yang berlaku kerana keadaan gusi tidak sihat.

4. Gusi Ngilu Selepas Dicuci

Lima Mitos Yang Anda Perlu Elakkan Tentang Cuci Gigi
Kredit: Okezone Health

Masalah yang berlaku berpunca daripada pembentukan karang gigi yang mengakibatkan gusi menyusut. Apabila gusi menyusut permukaan gigi yang sensitif akan terdedah kepada stimulus luar dan mengakibatkan gigi terasa ngilu.

5. Cuci Gigi Menyakitkan

Lima Mitos Yang Anda Perlu Elakkan Tentang Cuci Gigi
Kredit: Tiga Dental

Mencuci gigi tidaklah sakit tetapi anda akan berasa tidak selesa. Tetapi kalau karang gigi agak tebal anda pasti akan merasa ngilu. Kalau anda berasa takut anda boleh meminta ubat bius atau gas nitrus oksida daripada doktor sebelum memulakan proses pencucian gigi.

Bagi menjaga kesihatan gigi kita digalakkan untuk berjumpa doktor sekurang-kurangnya satu kali dalam tempoh enam bulan ia adalah untuk mengetahui keadaan gigi kita sekiranya mempunyai masalah pembentukan karang gigi dan lebih baik pergi ke klinik untuk membuangnya.

Diharapkan perkongsian daripada pakar perubatan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk tidak mempercayai mitos yang sering dikongsi oleh orang ramai di media sosial. Semoga ianya bermanfaat kepada anda.

BACA: Dakwa Nak Jimat Minyak, Lelaki Nekad Kayuh Basikal Dari Singapura Ke Batu Pahat

Sumber: Arep Jawa via Twitter

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.