Beli Satu Dapat Dua, Wanita Kongsi “Order” Kasut “Online” Dapat “Brand” Berbeza
Masyarakat pada masa kini lebih memilih untuk membeli barangan secara dalam talian kerana ianya sangat mudah dan menjimatkan masa.
Hal ini kerana pembeli hanya perlu melakukan transaksi pembayaran seterusnya hanya perlu menunggu barang yang dibeli itu sampai ke rumah sahaja.
Namun begitu, di sebalik kemudahan dalam membeli-belah secara dalam talian ini, ada juga beberapa keburukannya.
Antaranya ialah pembeli tidak dapat melihat barangan secara langsung sebelum membuat pembayaran.
Kesannya, apabila barangan tersebut sudah diterima, ianya tidak sama seperti apa yang dinyatakan dalam ruangan deskripsi dan gambar.
Baru-baru ini, tular satu video di laman TikTok mengenai seorang wanita yang telah menjadi mangsa dalam pembelian sepasang kasut secara dalam talian.
Memetik laporan Wolipop.detik, video yang dimuat naik oleh @elinherlina0506 menunjukkan bahagian belakang kasut tersebut berjenama Puma namun pada bahagian hadapannya pula tertera logo yang berbeza.
Selain daripada itu, bahagian kanan kasut berkenaan memperlihatkan logo Adidas manakala sebelah kiri pula logo Puma.
Beliau juga telah berkongsi pengalamannya yang telah menjadi mangsa pembelian sepasang kasut di kedai online.
Sementara itu, Elin telah dihubungi oleh Wolipop untuk mendapatkan kebenaran mengenai video yang telah dimuat naik di TikToknya, lapor Wolipop.detik.
Pada mulanya, Elin mengatakan bahawa beliau bingung kerana melihat sepasang kasut yang dibelinya secara dalam talian itu mempunyai logo yang berlainan.
“Saya tidak tahu sama ada mahu sedih atau gembira selepas dapat kasut 2 jenama ini,” kata Elin.
Video yang dimuat naik olehnya itu telah mendapat tontonan lebih 820.3 ribu, 19.6 ribu tanda suka dan 6737 komen.
Sumber: Wolipop.detik