Siakap Keli
Pulangkan Buku Milik Perpustakaan
Gambar: Facebook Earlsdon Carnegie Community Library

“Akhirnya Pulang,” Lelaki Pulangkan Buku Milik Perpustakaan Dipinjam Atuknya Selepas 84 Tahun

“Akhirnya Pulang,” Lelaki Pulangkan Buku Milik Perpustakaan Dipinjam Atuknya Selepas 84 Tahun

Kakitangan perpustakaan terkejut apabila seorang lelaki bertindak memulangkan sebuah buku tebal yang dipinjam datuknya walaupun telah lewat selama 84 tahun dan 2 minggu.

Menurut Daily Mail, Paddy Riordan telah menemui buku tersebut dari barangan tinggalan datuknya sebelum memutuskan untuk memulangkan buku itu semula di perpustakaan tersebut.

Paddy dilaporkan terpaksa membayar sebanyak £18.27 (RM100) sebagai denda terhadap kelewatan memulangkan buku yang dipinjam oleh datuknya itu.

Gambar: Facebook Earlsdon Carnegie Community Library

Memetik laporan Daily Mail, buku bertajuk Red Deer hasil karya Richard Jefferis itu sepatutnya dipulangkan pada 11 Oktober 1938.

Namun, buku itu kekal tidak terusik di rak buku rumahnya selepas menjadi barang tinggalan milik datuknya yang meninggal dunia pada tahun 1957.

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

Selepas anak perempuannya Anne meninggal dunia, buku berkenaan masih lagi belum dikembalikan.

Kemudian, cucunya Paddy telah menemui buku berkenaan dan segera untuk memulangkan kembali ke Perpustakaan Komuniti Earlsdon Carnegie di Earlsdon, Coventy.

Gambar: Facebook Earlsdon Carnegie Community Library

Sementara itu, seorang kakitangan di cawangan perpustakaan itu telah memuat naik beberapa keping gambar di Facebook dan berkata, “Ini adalah sesuatu yang anda tidak akan selalu nampak… salinan Red Deer oleh Richard Jefferies yang lewat 84 tahun dan dua minggu telah dikembalikan kepada kami!”

“Paddy Riordan memulangkan buku tersebut kepada kami yang dijumpainya daripada koleksi datuknya dan telah menyelesaikan denda berjumlah £18.27 pada hari ini.”

“Anda boleh melihat gambar datuk Paddy, Kapten William Harrison dalam imej di bawah. Sangat menakjubkan bagaimana buku itu akhirnya pulang,” katanya lagi.

Gambar: Facebook Earlsdon Carnegie Community Library

Dibina pada tahun 1913 dalam reka bentuk tradisional Carnegie, perpustakaan Earlsdon merupakan tempat yang sangat digemari oleh warga tempatan, lapor Daily Mail.

Namun begitu, selepas berisiko untuk ditutup, perpustakaan tersebut ditukar menjadi badan amal berdaftar pada September 2018.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Selain itu juga, ia kini menjadi hab komuniti dan digunakan untuk acara-acara tertentu.

Untuk makluman, terdapat seseorang yang memegang rekod dunia Guinness bagi kategori mengembalikan semula buku yang dipinjam ke Kolej Sidney Sussex dan mempunyai tunggakan denda yang banyak.

Buku yang bertajuk Scriptores Rerum Germanicarum Septentrionalium, Vicinorumque Populorum Diversi telah dipinjam pada tahun 1668 oleh Kolonel Robert Walpole, bapa kepada PM Sir Robert Walpole.

Walau bagaimanapun, buku berkenaan dikembalikan semula 288 tahun kemudian.

Sumber: Daily Mail

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.