Siakap Keli
Gambar: Mothership

“Challenge Accepted,” Lelaki Berjaya Turun 10kg Dalam Empat Bulan, Sahut Cabaran Bini Demi PS5

“Challenge Accepted,” Lelaki Berjaya Turun 10kg Dalam Empat Bulan, Sahut Cabaran Bini Demi PS5

Sejak kebelakangan ini, konsol permainan video terkenal daripada syarikat Sony iaitu Playstation 5 (PS5) menjadi kegilaan ramai orang.

Malangnya, sejak dikeluarkan pada November 2020 lalu, tidak ramai yang berpeluang membeli PS5 kerana ia dikeluarkan dalam jumlah yang terhad akibat pandemik COVID-19.

Walau bagaimanapun, lain ceritanya buat seorang lelaki di Bangkok ini apabila terpaksa berusaha mengamalkan gaya hidup sihat dan diet untuk menurunkan berat badan bagi mendapatkan PS5.

Ini kerana isterinya telah menjanjikan kepadanya untuk membelikan sebuah PS5 sebagai ganjaran sekiranya beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg

Prab Laoharojanaphan telah berkongsikan pengalamannya itu menerusi akaun Facebook miliknya.

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

Gambar: Facebook Prab Laoharojanaphan

Strategi Menurunkan Berat Badan

Laoharojanaphan dilapor turut berkongsikan strateginya menurunkan berat badan di Facebook.

Pertamanya, beliau mencadangkan untuk melakukan “intermittent fasting”.

“Mulakan dari pukul 4 petang hingga 8 pagi, kemudian kurangkan masa makan secara beransur-ansur kepada 6 petang hingga 6 pagi dan 8 malam hingga 4 pagi.”

“Saya mula berpuasa antara 8 malam hingga 4 pagi dalam sehari dan makan sekali sehari pada keesokan harinya,” kata Laoharojanaphan.

Untuk senaman, Laoharojanaphan melakukan kardio dan latihan kecergasan secara berselang-seli.

Manakala untuk diet pula, beliau mencadangkan pelan diet 80/20, 80% makanan sihat dan 20% gaya hidup.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Untuk 20% gaya hidup, Laoharojanaphan mempraktikkan meluangkan masa bersama orang tersayang untuk menghargai detik-detik itu.

Selain daripada itu, Laoharojanaphan juga ada mengesyorkan buku bertajuk The Obesity Code: Unlocking the Secrets of Weight Loss oleh Dr. Jason Fung.

Menurutnya, buku berkenaan sangat penting untuk mendorong seseorang menurunkan berat badan.

“Kita memerlukan beberapa pengetahuan untuk memahami punca berlakunya obesiti dan menggunakan pengetahuan itu untuk mencipta strategi yang sesuai dengan tubuh badan dan gaya hidup kita,” jelas Laoharojanphan.

Laoharojanphan mengambil masa selama empat bulan untuk menurunkan 10 kg, lapor Mothership.

Untuk mempamerkan kejayaannya, Laoharojanphan memuat naik gambarnya yang telah disunting bersama imej PS5.

Gambar: Facebook Prab Laoharojanaphan

Perkongsian Laoharojanphan di Facebook telah menerima banyak reaksi positif.

Malah, seorang pengguna di Facebook turut bersetuju dengan buku yang disyorkan dan mengulas bahawa buku dari Dr. Jason Fung tersebut adalah ‘pengubah segala-galanya’.

Seorang lagi pengguna Facebook turut bersetuju bahawa strategi diet yang dilakukan oleh Laoharojanphan memang boleh berkesan.

Sumber: Mothership 

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.