Siakap Keli
Baca: Daily Star

Mampu Lumpuhkan Internet Bertahun-Tahun, Saintis Ramal Ribut Angkasa Berlaku Dekad Akan Datang

Mampu Lumpuhkan Internet Bertahun-Tahun, Saintis Ramal Ribut Angkasa Berlaku Dekad Akan Datang

Fenomena ribut besar yang berlaku di angkasa lepas mampu mencetuskan “kiamat internet” dalam dekad yang akan datang, lapor Daily Star.

Ribut besar itu bakal menyebabkan orang ramai terputus talian selama berbulan-bulan bahkan mungkin bertahun-tahun susulan satelit di angkasa lepas rosak seterusnya menyebabkan talian kuasa terputus, kata saintis.

Peristiwa yang misteri itu tidak dapat diramalkan bahkan ianya juga berpotensi memusnahkan astrofizik yang dipetakan buat kali pertama menggunakan ‘cincin pokok’.

Hutan merupakan sebuah tempat pemerhatian yang sesuai untuk melihat radiasi kosmik dan menjadi arkib sejak ribuan tahun lalu, kata saintis.

“Berdasarkan data yang tersedia, hanya kira-kira 1% peluang untuk melihat ribut yang lain dalam dekad akan datang.

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

“Tetapi kami tidak tahu bagaimana untuk meramalkannya atau apa kesan kemudaratannya yang mungkin berlaku disebabkannya,” kata Dr Benjamin Pope dari Universiti Queensland, Australia.

Pasukan penyelidik dari Australia itu menggunakan lapisan pada batang kayu untuk meramalkan fenomena sedemikian.

“Letusan besar sinaran kosmik yang dikenali sebagai ‘Miyake Events’ berlaku kira-kira sekali setiap 1,000 tahun namun punca kejadiannya masih tidak jelas.

“Teori utama adalah ia merupakan letusan suria yang besar. Kita perlu mengetahui lebih lanjut, kerana jika salah satu daripadanya berlaku pada hari ini, ia akan memusnahkan teknologi termasuk satelit, kabel internet, talian kuasa jarak jauh dan transformer.

“Kesan ke atas infrastruktur global juga tidak dapat dibayangkan,” tambah Pope.

Pakar bimbang ribut bencana ini bakal melanda manusia menjelang akhir abad ini.

Penyelidikan berkenaan diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the Royal Society A Mathematical Physical and Engineering Science.

Sumber: Daily Star

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.