Siakap Keli
Cucu Lelaki Dipenjara 12 Bulan
Kredit Sinar Harian

Tampar & Letak Cekodok Panas Pada Tangan Nenek Hingga Cedera, Cucu Lelaki Dipenjara 12 Bulan

Tampar & Letak Cekodok Panas Pada Tangan Nenek Hingga Cedera, Cucu Lelaki Dipenjara 12 Bulan

Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan ke atas seorang lelaki susulan tindakannya menampar dan meletakkan cekodok panas pada tangan neneknya, lapor Sinar Harian.

Majistret Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu terhadap pesalah, 34 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan tersebut, tertuduh dilapor sengaja mencederakan mangsa yang berusia 83 tahun itu.

Menurut Sinar Harian lagi, perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan SB 1, Taman Sutera Belia, Batu Berendam pada 21 Oktober lalu kira-kira jam 9.20 pagi.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM 2,000 di bawah Seksyen 323 yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

“Mengikut fakta kes, berlaku pertengkaran pada hari kejadian antara tertuduh dengan ibunya selepas tertuduh menolak neneknya,” kata Majistret Izwan Mohamed Noh.

Tertuduh dilapor telah bertindak menampar belakang badan dan muka neneknya sebelum mengambil cekodok panas lalu diletakkan ke atas tangan kanan warga emas berkenaan.

Disebabkan tindakan itu, mangsa telah mengalami kecederaan. Tertuduh kemudian ditangkap di lokasi dan hari yang sama iaitu pada pukul 10 malam.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri telah memohon mahkamah untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal atas kesalahan yang dilakukan itu.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Ini kerana, pihak pendakwaan berpendapat bahawa tindakan itu tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang cucu terhadap neneknya sendiri.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh untuk menjalani hukuman penjara 12 bulan bermula dari tarikh ditangkap iaitu pada 21 Oktober lalu.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.