Siakap Keli

Amanahraya Trustees Berhad Sahut Agenda Alam Sekitar, Sosial Dan Tadbir Urus (ESG) Menerusi Program ‘Grow & Conserve’

Kuala Lumpur, 22 Oktober 2022 – AmanahRaya Trustees Berhad (ART), anak syarikat milik penuh Amanah Raya Berhad hari ini telah menyertai program ‘Grow and Conserve’ seiring Agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Malaysia menerusi pakej yang disediakan oleh Zoo Negara Malaysia. Program ‘Grow and Conserve’ tersebut meliputi aktiviti penanaman pokok landskap dan tajaan seekor Cheetah yang dikenali sebagai ‘Bolt’ sebagai haiwan angkat.

Yang Berusaha Encik Ahmad Feizal Sulaiman Khan dalam ucapannya berkata, ‘Pelaksanaan program ini merupakan antara usaha ART bagi membuktikan komitmen ke arah kelestarian perniagaan, juga mempromosikan amalan persekitaran, sosial dan tadbir urus yang baik (ESG). Tambah beliau, penajaan ‘Bolt’ sebagai haiwan angkat adalah simbolik kepada ART yang melambangkan kecekapan dan ketangkasan perniagaan ke arah pembangunan ekonomi yang lebih mampan. Tajaan meliputi kos penyediaan makanan dan penjagaan veterinar ‘Bolt’ bagi memastikan spesis haiwan yang digelar King Cheetah ini terus terpelihara dan terlindung daripada ancaman kepupusan. Manakala, program penanaman pelbagai jenis pokok landskap daripada spesis orkid, spesis Parrenials dan sebagainya adalah bertujuan untuk mencantikkan lagi kawasan tumpuan orang ramai dan menghiasi kawasan persekitaran Zoo Negara Malaysia.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Simbolik penyerahan cek tajaan sebanyak RM16,391.00 telah disempurnakan oleh Pengerusi ART, Yang Berbahagia Dato’ Professor Dr. Noor Inayah Ya’akub kepada Timbalan Presiden Zoo Negara, Yang Berusaha Encik Rosly@Rahmat Ahmat Lana dan disaksikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Yang Berusaha Encik Ahmad Feizal Sulaiman Khan. Majlis turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif ART, Yang Berusaha Encik Zainudin Suhaimi bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Yang Berusaha Encik Muzzaffar Othman.

Seramai lima puluh (50) orang pegawai dari Ibu Pejabat AmanahRaya dan anak syarikat ART telah menyertai dan menyumbang tenaga bagi menjayakan program tersebut. Inisiatif ini juga turut disertai oleh lebih dua puluh (20) orang Pelanggan Korporat daripada ASNB, PNB, Pelaburan Hartanah Berhad and Public Mutual Berhad.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa