Siakap Keli
Kota Setar & Baling Kedah Dinaiki Air
Gambar via APM

Hujan Lebat Sejak Petang Tadi, Beberapa Kawasan Di Kota Setar & Baling, Kedah Dinaiki Air

Hujan Lebat Sejak Petang Tadi, Beberapa Kawasan Di Kota Setar & Baling, Kedah Dinaiki Air

Berdasarkan pemantauan banjir di beberapa kawasan di Anak Bukit dan Kepala Batas, Alor Setar, Kedah sebentar tadi mendapati bahawa air sudah mula naik di beberapa lokasi rendah berikutan hujan lebat berlarutan pada petang tadi. 

Oleh Itu, pihak Polis Kota Setar menerusi laman Facebook rasmi mereka menasihatkan agar semua penduduk berhampiran supaya mengambil tindakan berjaga-jaga. 

“Semua penduduk berdekatan dinasihatkan untuk lebih berjaga jaga dan sekiranya diminta untuk berpindah, patuhi nasihat demi kebaikan bersama,” tulis mereka. 

Disamping itu, mereka juga turut menyertakan info semasa keadaan air di kawasan Sg Anak Bukit Taman Aman (paras BAHAYA), Sg Anak Bukit Jambatan TAR (paras AMARAN) dan Sg Kedah Jambatan Lebuhraya (paras WASPADA). 

Sementara itu, menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pula dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat melebihi 2 jam di Baling telah menyebabkan paras air sungai melimpah ke kawasan penempatan penduduk yang tinggal berhampiran tebing. 

Difahamkan, antara kawasan yang terlibat adalah di kawasan Kampung Batu 8, Mukim Siong. 

Oleh itu, pihak APM daerah baling diarahkan untuk membuat pemantauan dari masa ke semasa untuk memberikan maklumat serta nasihat kepada penduduk sekitar. 

Walau bagaimanapun, tiada pusat pemindahan yang dibuka buat masa ini di daerah tersebut. 

BACA: Satu Set Hanya RM9.90 & Boleh Dapat Snack Plate Combo KFC Percuma, Ni Cara Nak Tebus Guna ‘Phone’ Je

Sumber: Polis Kota Setar, APM Kedah

Faiz Mustafa