Siakap Keli
permit motorsikal singapura
Gambar: Pixabay

Lagi Mahal Dari Harga “Moto”, Harga Permit Motosikal Di Singapura Cecah RM 42,000

Lagi Mahal Dari Harga “Moto”, Harga Permit Motosikal Di Singapura Cecah RM 42,000

Motosikal merupakan salah satu pengangkutan yang murah di Singapura dan menjadi salah satu pengangkutan paling menjimatkan kos kepada kebanyakan penduduk di sana. 

Bagaimanapun, menurut angka dari Penguasa Pengangkutan Darat, kos permit sebuah motosikal berusia 10 tahun di bandar tersebut mencecah sehingga RM42,426 pada bulan ini.

Memetik Wion, ia meningkat sebanyak 200% dalam tempoh empat tahun dan jauh lebih mahal dari harga sebuah motosikal baru. 

Difahamkan, Singapura mengawal dengan ketat bilangan sijil yang dikeluarkan atau dikenali sebagai permit bertujuan untuk mengurangkan kadar bilangan motosikal dan kereta di atas jalan raya. 

Dalam pada itu, bilangan motosikal di bandar tersebut telah dihadkan kepada 142,000 setakat September yang lalu dan hanya terdapat lebih kurang 650,000 kereta secara keseluruhan.

Penunggang motosikal perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM67,398 untuk mendapatkan permit bagi membeli dan menunggang motosikal yang berharga RM16,849. 

Seperti yang dipetik dari akhbar berita Bloomberg, pensyarah sains politik dari Universiti Pengurusan Singapura, Nathan Peng berkata, ia akhirnya akan memberi beban kepada para penunggang penghantar makanan yang berkhidmat di negara tersebut meskipun menggunakan motosikal yang murah. 

Pada masa ini, kos untuk memperbaharui permit motosikal adalah RM37,068 untuk setahun. Walaupun kos tersebut kurang daripada kos permit yang baharu, namun ia enam kali ganda lebih mahal dibandingkan dengan kos permit sedekad yang lalu. 

Disamping itu, kos sewaan juga dijangka akan meningkat dan individu pemilik motosikal juga akan dikenakan caj yang tinggi secara langsung. Kebanyakkan ‘delivery rider’ menyewa kenderaan mereka sama ada dari pemilik persendirian atau dari daripada syarikat itu sendiri. 

BACA: Satu Set Hanya RM9.90 & Boleh Dapat Snack Plate Combo KFC Percuma, Ni Cara Nak Tebus Guna ‘Phone’ Je

Sumber: WION

Faiz Mustafa