Siakap Keli
Lapan Terkorban Dalam Kebakaran
Gambar via Endules

Lapan Terkorban Dalam Kebakaran Di Oklahoma, Disyaki Kes Pembunuhan

MOSCOW, 28 Okt (Bernama) — Lapan orang ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah rumah di bandar Broken Arrow, Oklahoma di Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik memetik jabatan polis tempatan.

“Jabatan Polis Broken Arrow mengesahkan lapan meninggal dunia di sebuah rumah di 400 blok S Hickory Ave. Kejadian agak kompleks berdasarkan keadaan rumah yang rosak akibat kebakaran,” kata polis menerusi media sosial pada Khamis. Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Pada masa sama, polis percaya tiada ancaman segera ke atas orang ramai ekoran kes itu.

“Berdasarkan kenyataan saksi, dua orang dewasa dan enam kanak-kanak tinggal di rumah itu,” kata pegawai maklumat awam jabatan polis Broken Arrow Ethan Hutchins pada sidang akhbar.

Beliau berkata kes itu dipercayai pembunuhan pertama di bandar itu tahun ini.

Polis akan mengadakan satu lagi sidang akhbar mengenai kejadian itu pada Jumaat.

Sumber: BERNAMA

Faiz Mustafa