Siakap Keli
Monyet Hadir Pengebumian
Gambar via India Today

Siap Belai & Cium Dahi, Viral Aksi Menyentuh Hati Monyet Beri Penghormatan Terakhir Kepada Si Mati

Siap Belai & Cium Dahi, Viral Aksi Menyentuh Hati Monyet Beri Penghormatan Terakhir Kepada Si Mati

Gambaran ikatan kasih sayang antara manusia dan haiwan yang kerap menjadi tular menerusi video sering kali berjaya menyentuh emosi kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.

Ia bukan sekadar bukti bahawa kasih sayang yang tulus masih lagi wujud di atas muka bumi ini, malah juga sebagai satu gambaran bahawa seekor haiwan yang tidak berakal juga tahu bagaimana cara berterima kasih kepada manusia di atas layanan baik yang diterimanya.

Menerusi sebuah video yang tular di laman Twitter, tindakan seekor monyet yang memberikan penghormatan terakhir kepada seorang lelaki di hari pengebumiannya memberi tamparan emosi kepada orang ramai. 

Dalam video yang dikongsikan itu, seekor monyet dilihat duduk berhampiran dengan kepala si mati sambil membelainya lalu tunduk sebagai tanda hormat. 

“Seekor monyet memberi penghormatan pada #pengebumian tuannya di #Batticaloa,” tulisan kapsyen hantaran tersebut, lapor India Today. 

Memetik India Today, video tersebut telah meraih seribu tontonan bersama-sama reaksi dari orang ramai. Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut percaya bahawa lelaki berkenaan merupakan seorang manusia yang baik hati dan mungkin selalu menjaga moyet berkenaan sehingga kematiannya memberi kesan kepada haiwan tersebut.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

BACA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

Sumber: India Today

Faiz Mustafa