Siakap Keli
instagram down
Gambar: CNET

Instagram ‘Down’, Warganet Dakwa Banyak Akaun Kena ‘Suspended’

Aplikasi Instagram dipercayai mengalami gangguan apabila jutaan pengguna di seluruh dunia tidak dapat mengakses akaun mereka sehingga mencetuskan kekeliruan dan berfikir ia telah digantung.

Malah dalam masa sama, selain bimbang akaun digantung, ramai warganet turut mendakwa jumlah pengikut mereka di Instagram didapati menurun dengan mendadak.

Masalah yang melanda itu membuatkan ramai terpaksa ‘beralih arah’  ke Twitter sekejap untuk mengetahui isu yang dihadapi namun sebaliknya, rupanya ramai yang mengalami nasib sama.

Dalam pada itu, dalam satu ciapan oleh Instagram Comms mengatakan pihaknya sedar sesetengah pengguna mengalami masalah untuk mengakses akaun dan mereka sedang meneliti masalah tersebut.

“Kami menyedari sebahagian anda ada masalah nak akses akaun Instagram. Kami tengah cuba nak selesaikan dan minta maaf atas kesulitan berlaku,” maklum ciapan itu malam ini.

Sementara itu meninjau di ruangan Twitter, ramai yang sedang memaklumkan keluh-kesah yang dialami mereka dan dipercayai kebanyakan negara mengalami masalah yang sama.

Walau bagaimanapun pihak Instagram belum memaklumkan mengenai masalah yang dihadapi setakat ini.

Terdahulu, aplikasi WhatsApp turut mengalami masalah yang sama dimana, aplikasi itu ‘down’ menjadi satu ‘tick’ walaupun mesej telah dihantar dan diterima oleh pihak penerima.

Sumber: Twitter

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana