Siakap Keli

Jeti Tiba-tiba Penuh Orang, Individu Datang Beritahu Ada ‘Sesuatu Yang Besar’ Berlaku Tahun Depan

Bagi penduduk setempat terutamanya di Jeram, Kuala Selangor sudah pasti hairan dengan kehadiran ramai orang yang berkumpul di Jeti Kuala Sembilang pada petang Jumaat yang lepas. Apa tidaknya, tak pernah jeti tersebut dipenuhi orang kerana ianya bukanlah tempat yang mempunyai tarikan orang ramai mahupun pelancong. Kewujudan beberapa orang dikatakan membawa sesuatu perkhabaran yang besar mungkin berlaku pada tahun hadapan.

Dalam beberapa video yang sempat dirakam, beberapa orang dilihat berkumpul di sesuatu tempat seperti menantikan sesuatu. Boleh dikatakan, pangkin di Jeti Kuala Sembilang tersebut telah dikelilingi orang ramai bagi memberikan perhatian kepada seseorang.

Apabila dilihat dari sudut yang lebih dekat, orang ramai yang berkumpul di situ adalah kerana kehadiran Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz di kawasan berkenaan. Sebenarnya, ketika itu berlangsungnya sesi santai Tengku Zafrul Aziz bersama para nelayan Kuala Selangor.

Kehadiran beliau di situ bukanlah hanya untuk bersantai bersama-sama nelayan sahaja, tapi bertujuan memberitahu sesuatu yang besar untuk tahun hadapan. Perkara tersebut disampaikan pada kawasan berkenaan kerana ianya melibatkan para nelayan bukan sahaja di jeti berkenaan, malah bagi nelayan di seluruh negara.

Perkara yang dimaksudkan adalah cadangan Kerajaan untuk menaikkan peruntukan sebanyak RM100 juta dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.8 bilion untuk subsidi dan insentif bagi industri pertanian dan perikanan. Inisiatif berkenaan sudah pastinya merupakan berita gembira buat para nelayan.

Bukan itu sahaja, subsidi dan insentif hasil nelayan juga turut disediakan berjumlah RM178.2 juta dengan kenaikan hampir RM30 juta. Selain itu, Tengku Zafrul juga mengingatkan orang ramai di jeti tersebut bahawa Kerajaan bercadang memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi projek peningkatan produktiviti nelayan B40 negeri-negeri bagi bantuan kemudahan dan peralatan perikanan kepada Nelayan Pantai.

Sebenarnya, pelbagai lagi yang hendak disampaikan oleh Tengku Zafrul mengenai gerak kerja dan cadangan Kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia tidak kiralah dari golongan B40, M40 mahupun T20.

Dalam sesi santai Tengku Zafrul Aziz bersama para nelayan, beliau menyatakan keterujaan beliau kerana dapat melepak di kawasan pangkin jeti tersebut. Tambahnya, ianya boleh mendekatkan antara dirinya dengan para nelayan di kawasan Kuala Selangor.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa