Siakap Keli

Akademi Impact 2022 Dengan Kerjasama UNICEF Dan UNDP

Putrajaya, tarikh – Dengan kerjasama Impact Malaysia, inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi pembangunan belia dan impak sosial, Youth Environment Living Labs (YELL) baru-baru ini telah melancarkan Akademi Impact 2022. Akademi Impact merupakan program inkubator yang dianjurkan setiap tahun oleh Impact Malaysia bagi memacu projek berimpak yang diterajui belia. Pada tahun 2022, Akademi Impact lebih menumpukan kepada isu-isu alam sekitar dan iklim untuk menangani isu perubahan iklim yang semakin meningkat yang berlaku di seluruh dunia. 

Penyertaan dibuka kepada belia warganegara berumur antara 18 – 30 tahun yang  bertujuan untuk membiayai 10 projek alam sekitar dan perubahan iklim yang dipimpin oleh mereka sendiri. Mereka yang berminat akan mengemukakan cadangan bermula 1 Oktober sehingga tempoh pendaftaran ditutup pada 5 November. Akademi Impact bakal berlangsung selama 4 bulan bermula 30 November 2022. Dalam tempoh 4 bulan, 10 pasukan terpilih akan menjalani 2 bengkel fizikal serta memberi komitmen sepanjang 3 bulan melaksanakan idea projek mereka sehingga Mac 2023.

“Program Akademi Impact mengguna pakai prinsip impact bermula dengan fasa idea, demi memastikan projek yang bakal dilaksanakan boleh menyelesaikan masalah dengan mengikut ukuran yang ditetapkan,” Kata Ketua Pegawai Eksekutif Impact Malaysia, Ahmed Faris Amir.

“Program ini diadakan untuk meningkatkan tahap kefahaman para peserta mengenai isu yang bakal mereka hadapi melalui cara yang lebih sistematik, iaitu dengan mencipta idea penyelesaian masalah yang berimpak serta untuk menanam budaya penilaian impak dalam projek sosial yang bukan sahaja pada akhir projek, malah dari awal.,”

Edisi Juara Bumi 2022 Akademi Impact mencari idea projek yang bertemakan tiga aspek alam sekitar iaitu: 

  1. Pemuliharaan Biodiversiti dan Pengurusan Sumber Asli; 
  2. Pencemaran Alam Sekitar dan Pengurusan Sisa; dan
  3. Mitigasi dan Penyesuaian Iklim.

Akademi Impact terbahagi kepada 3 bahagian iaitu “Roadmap,” “Management” dan “Pilot.” “Roadmap” bakal bermula dalam bengkel 5 hari pertama, di mana para peserta akan mendalami isu perubahan iklim dan alam sekitar, menganalisis kajian kes, memperhalusi idea projek mereka melalui bantuan pakar dan menyediakan pelan tindakan mereka untuk pelaksanaan projek. Peserta akan diberi pendedahan untuk membuat lawatan ke tapak projek.

Selepas seminggu, peserta akan menyertai bengkel 5 hari kedua untuk menggilap keupayaan mereka dalam pelaksanaan projek dengan topik mengenai pengurusan projek, pengurusan kewangan, pengurusan impak dan komunikasi. Peserta akan mengalami gabungan masterclasses dan bengkel gaya klinik. Menjelang akhir bengkel, kesemua 10 projek akan mempunyai pelan kerja yang boleh dilaksanakan untuk merintis idea projek mereka.

Akhir sekali, “Pilot” adalah apabila peserta kembali ke komuniti mereka untuk menguji idea daripada projek mereka. Ia selari dengan pembiayaan daripada YELL bernilai sehingga RM5,000 bagi setiap projek untuk dilaksanakan sehingga Mac 2023. Peserta akan dilatih secara berkala dan segala perkembangan akan dibentuk kepada dokumentasi dalam siri web di akaun Instagram Impact Malaysia serta hab sumber rangkaian YELL iaitu yell.my, untuk berkongsi dan memberi inspirasi kepada belia mengenai kesedaran tindakan iklim.

MEMPERKASA BELIA “CHANGEMAKER” UNTUK TINDAKAN IKLIM

“Kami menyemak semula berkenaan penyertaan belia dalam dasar dan tindakan iklim dan alam sekitar di Malaysia, di mana belia merupakan agen perubahan utama yang disokong oleh rakan kongsi melibatkan sektor awam dan swasta. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Impact Malaysia untuk mengadakan Akademi Impact 2022 demi menyokong anak muda sebagai ‘change-makers’.” kata Manon Bernier, Timbalan Perwakilan Residen UNDP Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.
“Ketika kanak-kanak dan belia adalah antara golongan yang paling terdedah kepada perubahan iklim, mereka tetap berdaya. Idea mereka mampu membawa cara untuk menangani kesan perubahan iklim. Kami sangat mengalu-alukan program Akademi Impact yang diterajui belia demi mempertingkatkan lagi jalan penyelesaian untuk menangani perubahan iklim, termasuk kesannya dari segi kesihatan, kesejahteraan pendidikan serta peluang pada masa hadapan” kata Saskia Blume, Pemangku Timbalan Perwakilan untuk UNICEF di Malaysia.

“Anak muda kini lebih cakna mengenai cabaran dan risiko yang terdedah dengan krisis klimak yang berlaku di bumi yang bakal mereka lalui pada generasi akan datang. Disebabkan itu, Ia mendesak kita untuk membawa pemulihan serta membina semula suara generasi anak muda, sepertimana mereka boleh memperkasa minat mereka dengan diterjemahkan berkaitan kesedaran alam sekitar melalui cara mereka berfikir. Dengan adanya Akademi Impact, kita akan memberi peluang anak muda ruang dan sumber untuk mereka terus bertindak, dan kami percaya mereka akan mengetuai dengan jayanya untuk mencapai pencapaian yang baik,” Kata Wan Faizah Che Din, Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Lestari Alam.

Akademi Impact terbuka kepada semua belia Malaysia, dengan keutamaan diberikan kepada belia Sabah & Sarawak, masyarakat Orang Asli, golongan B40 dan orang kelainan upaya (OKU). Program ini adalah percuma dan peserta akan diberikan penginapan percuma, elaun perjalanan, makan semasa kelas dan pembiayaan untuk fasa perintis 10 projek terpilih.

Pendaftaran Akademi Impact bermula pada 1 Oktober 2022 dan akan berakhir pada 5 November 2022. Pemohon yang berminat boleh memohon di bit.ly/akademiimpact2022. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.impact.my/akademi atau yell.my/akademi.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa