Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kia Malaysia (bahagian pengeluaran kenderaan Kia di Malaysia) hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Stellantis Malaysia menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam strategi penyetempatan dan pembuatan jangka panjang Kia di Malaysia.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Malaysia serta Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim berkata, “Kolaborasi ini merupakan satu pencapaian penting dalam strategi Kia untuk ‘Return, Rebuild, and Reposition’ kedudukan Kia di Malaysia.

Bekerjasama dengan Stellantis Malaysia serta memanfaatkan ekosistem rantaian bekalan automotif Malaysia, Kia berada pada kedudukan yang kukuh untuk memperluas kehadiran tempatan kami di samping memperkukuh kualiti pembuatan dan persediaan untuk memperkenalkan model-model baharu pada masa hadapan, selaras dengan aspirasi pertumbuhan kami di Malaysia dan rantau ini.”
Pengarah Urusan ASEAN Stellantis, Isaac Yeo berkata, “Pemeteraian ini merupakan satu pencapaian bermakna dalam memperkukuh ekosistem pembuatan automotif Malaysia dan menekankan kepentingan kerjasama antara rakan industri dalam memacu pertumbuhan jangka panjang serta pembangunan ekonomi. Melalui pembangunan berterusan dan penggunaan keupayaan fasiliti Stellantis di Gurun, kami kekal komited untuk menyokong ekosistem automotif dan pembuatan yang lebih luas sambil mewujudkan nilai bersama kepada rakan kongsi, pembekal dan industri.”
Kolaborasi ini mencerminkan komitmen berterusan Kia untuk memperkukuh kehadiran operasinya di Malaysia, di samping menyokong aspirasi jangka panjang jenama tersebut untuk memperluas operasi pemasangan tempatan kenderaan (CKD) bagi pasaran Malaysia serta pasaran eksport serantau.
Di bawah kerjasama ini, Stellantis Malaysia berperanan sebagai pemasang kontrak bagi operasi CKD Kia di fasiliti pembuatan mereka di Gurun, Kedah.
Fasiliti tersebut dilengkapi dengan infrastruktur pengeluaran yang komprehensif serta keupayaan pembuatan yang mematuhi piawaian terkini Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001 (QMS).
Direka untuk menyokong pemasangan pelbagai model merentasi pelbagai jenis rangkaian kuasa (powertrain), fasiliti ini mampu menampung pengeluaran semua model Kia semasa termasuk Sportage dan Carnival, serta model-model baharu pada masa hadapan.
Pengeluaran dijadualkan bermula pada suku ketiga (Q3) tahun 2026. Terletak di Kawasan Perindustrian Gurun, Kedah, fasiliti pembuatan Stellantis telah beroperasi sejak tahun 2021 dan meliputi kawasan seluas kira-kira 140 ekar yang menempatkan loji pemasangan utama, bangunan pejabat dua tingkat, kemudahan cat dan badan kenderaan, litar ujian di tapak serta zon khas untuk vendor dan pembekal. Kilang ini kini menggajikan lebih daripada 400 tenaga kerja mahir dan terlatih.

Kolaborasi ini dijangka memperkukuh ekosistem pembuatan Kia di Malaysia sambil meningkatkan fleksibiliti operasi, kemampuan skala dan persediaan untuk memperkenalkan model-model baharu pada masa hadapan. Ia menandakan fasa seterusnya dalam pertumbuhan jenama tersebut di Malaysia dan pasaran ASEAN yang lebih luas, sekali gus mengukuhkan komitmen jangka panjang Kia terhadap pembangunan dan perluasan serantau.
Kerjasama ini merupakan satu lagi pencapaian penting yang mencerminkan aspirasi Kia untuk memperkukuh keupayaan pembuatannya serta memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat, dengan pemasangan bagi tujuan eksport dimulakan serentak dengan bekalan untuk pasaran tempatan.
Untuk sebarang pertanyaan jualan dan khidmat servis, atau bantuan tepi jalan 24-jam, sila hubungi Pasukan Perkhidmatan Pelanggan KSM di 1300 88 0133 atau [email protected].