Siakap Keli
pemandu ambulans kena kacau
Gambar: tangkap layar video tular

Pemandu Ambulans Dakwa Dengar Bunyi Orang Menangis Kat Belakang

Kedengaran sayup-sayup suara seakan wanita menangis, seorang lelaki warganegara Indonesia mendakwa dirinya diganggu makhluk halus semasa membawa ambulans pada waktu malam.

Menerusi perkongsian @otongkoil, pemandu ambulans tersebut dilihat berhenti dan keluar sebentar dari van ambulans untuk menghalau entiti yang sering mengganggunya sepanjang perjalanan.

Walaupun keadaan di lokasi kejadian agak gelap, namun lelaki tersebut masih berani untuk keluar dari van dan membuka pintu belakang untuk mengesan bunyi misteri berkenaan.

Dalam video itu, kedengaran bunyi seakan suara wanita yang sedang menangis kesedihan, tidak meraung dan tidak juga menjerit, hanya sayup-sayup seperti berbisik.

Hanya berbekalkan lampu van, lelaki itu keluar dan bertindak berani cuba menyergah entiti tersebut dengan nada yang garang.

Seperti memarahi makhluk yang bernyawa, lelaki itu menjerit dan bercakap kasar menunjukkan dia berani berhadapan dengan entiti berkenaan.

“Kau masih bersuara eh, kacau aku. Apehal kau? Kau ingat aku takut? Aku kat sini cari makan (rezeki) untuk keluarga aku. Kenapa kau nak kacau aku?” katanya memarahi entiti itu.

Biarpun dimarahi dengan nada kasar, entiti tersebut dipercayai masih lagi tidak berputus asa untuk kekal dan menghantui dengan tangisan yang sayup itu.

“Haa keluar kau. Keluar keluar. Kenapa kau nak ganggu aku terus? Keluar keluar keluar. Kau ingat aku takut? Aku bukan penakut,” gertak lelaki itu.

Namun kata-kata itu tidak diendahkan, entiti tersebut terus menangis sehingga lelaki itu menghentikan rakaman.

Keberanian lelaki dipuji

Video tersebut menarik perhatian warganet dan ramai yang tidak mempercayai bahawa tangisan tersebut memang ada dalam rakaman.

Namun ada juga yang turut memuji keberanian yang ditunjukkan olehnya untuk menghalau entiti itu.

“Mencari siapa yang menangis,” kata salah seorang pengguna Twitter.

“Ga takut ga takut ga takut,” ujar warganet menidakkan rasa takut yang dialami.

“Abangnya baik banget sampai dibukakan pintu,” tambah pengguna lain.

Keberanian yang dimiliki abang itu sangat dikagumi ramai kerana tidak semua mempunyai sifat yang sedemikian apabila berhadapan dengan makhluk halus.

BACA JUGA: Baru Lepas Hantar Jenazah, Pemandu Ambulans Dakwa Terkejut Nampak ‘Sosok Putih’ Berdiri Kaku

Sumber: Twitter / @otongkoil

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana