Siakap Keli
Syed Saddiq Muar
Kredit BERNAMA

PRU15: Syed Saddiq Pertahan Kerusi Muar

PRU15: Syed Saddiq Pertahan Kerusi Muar

MUAR, 2 Nov (Bernama) — Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diumumkan sebagai bakal calon parti itu bagi kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengumuman oleh Pengarah Pilihan Raya MUDA Amira Aisya Abd Aziz di sini malam ini, sekali gus menjadikan Syed Saddiq calon kelima dari MUDA yang akan bertanding pada PRU15.

Syed Saddiq merupakan penyandang Parlimen Muar selama sepanggal dan pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Pada PRU14, Syed Saddiq yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) daripada Bersatu menewaskan penyandang kerusi Parlimen Muar Datuk Seri Razali Ibrahim (Barisan Nasional) dan Abdul Aziz Talib (PAS) dengan majoriti 6,953 undi.

Selain Parlimen Muar, MUDA telah mengumumkan empat calon yang akan bertanding menggunakan logo parti itu iaitu Muhammad Danial Abdul Majeed di kerusi Parlimen Kepala Batas; Siti Rahayu Baharin (Tanjong Karang), Lim Wei Jiet (Tanjung Piai) dan Shahrizal Denci bagi Kota Marudu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini (5 Nov) sebagai hari penamaan calon, pengundian awal (15 Nov) dan hari pengundian pada 19 Nov.

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.