Siakap Keli

PUMA House Of Football Kini Bermula – Menginspirasikan Rakyat Malaysia Untuk Terus Maju Ke Hadapan

KUALA LUMPUR, 1 November 2022 – Jenama sukan global PUMA telah mengorak langkah dalam usaha mengangkat keunggulan bola sepak di Malaysia! PUMA House of Football merupakan acara selama seminggu yang mempamerkan jenama terpantas di dunia ini memulakan misi menyemarakkan semangat bola sepak dalam kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aktiviti interaktif yang menggamit memori sejarah bola sepak global, dan pelbagai lagi.

Berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya (ruangan Concourse, West Wing) pada hari ini hingga 8 November dari jam 10 pagi hingga 10 malam, pameran PUMA House of Football adalah sebahagian daripada komitmen jenama ini untuk sentiasa memajukan dan memacu perubahan positif dalam sukan bola sepak baik di peringkat tempatan mahupun global.

“Bola sepak adalah sebahagian daripada DNA PUMA, sama juga seperti rakyat Malaysia. Setiap rakyat Malaysia membesar mempunyai kenangan indah bersama sukan ini, yang mengajar kita erti nilai daya saing, kerja berpasukan, nasionalisme, persahabatan dan bersatu padu. Justeru itu, inisiatif yang dilaksanakan pada hari ini bermatlamat meraikan keindahan sukan bola sepak, mengangkatnya ke peringkat yang lebih tinggi, sekaligus mengukuhkan sokongan berterusan PUMA terhadap komuniti bola sepak yang sedang berkembang daripada peringkat akar umbi sehingga ke persada antarabangsa,” kata Steven Tan, Pengurus Negara PUMA Malaysia.

“Kami percaya Malaysia mempunyai ramai bakat bertaraf dunia, justeru itu kami akan berterusan berusaha meningkatkan arena bola sepak tempatan menerusi jalinan kerjasama rasmi bersama Liga Bola Sepak Malaysia dan ACTIVE SPORTS serta banyak lagi. Kami komited dengan misi untuk membentuk sebuah komuniti yang membolehkan bakat ini berkembang maju,” tambahnya.

Antara kemuncak acara House of Football ini adalah aktiviti menelusuri sejarah bola sepak, yang menyaksikan PUMA mempamerkan koleksi barangan pilihan yang paling ikonik dalam sejarah bola sepak, yang diperoleh dari seluruh dunia.

Menampilkan sembilan but bola sepak legenda, peminat berpeluang menghayati perjalanan sejarah PUMA yang panjang dan hebat dalam bola sepak. Kebanyakan but ini dipakai oleh beberapa ikon bola sepak terkemuka dalam sejarah seperti Pelé, Diego Maradona, Lothar Matthäus, Antoine Griezmann, Neymar Jr dan ramai lagi. Pengalaman menelusuri pameran ini menggambarkan evolusi dan inovasi kepakaran PUMA dalam bola sepak dari tahun 1952 hingga hari ini.

Peminat pasti teruja apabila PUMA House of Football menampilkan 27 jersi paling popular daripada 22 pasukan bola sepak di seluruh dunia. Jersi pasukan kebangsaan dari Itali dan Ivory Coast, jersi kelab bola sepak bertaraf dunia seperti Manchester City dan AC Milan, malah kelab tempatan tercinta seperti PJ City dan Penang FC turut dipamerkan, memperlihatkan peranan penting PUMA dalam dunia bola sepak hari ini.

Tumpuan utama acara ini, PUMA meraikan arena bola sepak tempatan dengan memberikan penghormatan kepada barisan jaguh bola sepak Malaysia, dari zaman dahulu hingga kini. Saksikan penampilan pemain negara yang kian meningkat naik, Danish Haziq, Nabil Hakim, dan Adam Nadzmi serta pemain senior yang cukup berpengalaman, Zaquan Adha, Razman Roslan, dan Mahali Jasuli; dalam paparan video eksklusif yang dirakamkan sebagai sebahagian daripada acara untuk menyemarakkan lagi inspirasi untuk pencinta bola sepak di seluruh negara.

Peminat juga boleh melawat ke ruang khas di PUMA House of Football, didedikasikan buat legenda bola sepak Malaysia iaitu Datuk Wira “Tauke” Soh Chin Ann, Datuk Santokh Singh dan Datuk James Wong yang mempamerkan kehebatan pencapaian mereka, terutamanya sebagai ahli pasukan yang membawa Malaysia layak ke acara sukan global yang dikenali sebagai acara sukan paling unggul iaitu Sukan Olimpik Musim Panas 1980.

Bukan itu sahaja, sepanjang acara selama seminggu ini, peminat boleh menyertai beberapa aktiviti interaktif seperti “Footie Pong” untuk memenangi hadiah eksklusif! Selain itu, dengan setiap pembelian PUMA, perkhidmatan pencetakan haba untuk jersi disediakan secara percuma. Ini membolehkan peminat bola sepak untuk membawa pulang ke rumah jersi bola sepak PUMA mereka sendiri.

Jangan lepaskan peluang ini untuk menghayati sejarah dan legasi bola sepak di PUMA House of Football!

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa