Siakap Keli
Pihak Berkuasa Jakarta Guna Dron
Gambar: Unsplash

Pihak Berkuasa Jakarta Guna Dron, Pantau & Saman Pelaku Didapati Bersalah Buang Sampah Merata

Pihak Berkuasa Jakarta Guna Dron, Pantau & Saman Pelaku Didapati Bersalah Buang Sampah Merata

Pemerintah Provinsi DKI Jakarta dilaporkan akan melakukan Operasi Tangkap Tangan (OTT) dengan menggunakan dron untuk mengenal pasti orang ramai yang membuang sampah di beberapa kawasan di Jakarta, Indonesia.

Operasi ini diarahkan oleh Pemangku Gabenor DKI Jakarta, Heru Budi Hartono dan Peraturan Daerah Nomor 3 Tahun 2013 tentang Pengelolaan Sampah dengan denda Rp500 ribu (RM 150).

“Operasi Tangkap Tangan (OTT) bakal dilakukan secara rutin dengan menggunakan dron bermula Ahad, 6 November 2022,” kata Ketua Jabatan Alam Sekitar, Asep Kuswanto dalam keterangannya, lapor CNN Indonesia.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Menurutnya, operasi ini juga akan dilakukan pada hari bebas kereta di kawasan Sudirman-Thamrin serta lima bandar di sekitar Jakarta.

Di samping itu, operasi berkenaan turut dilakukan di pelbagai tempat yang terdedah kepada aktiviti membuang sampah di seluruh Jakarta.

Selain itu juga, Pemerintah Provinsi DKi Jakarta akan menyediakan 7 lokasi untuk penguatkuasaan.

Antaranya seperti di hadapan Bangunan Jaya, Jalan Sumenep, Hotel Indonesia Kempinski, Fly Over Patung Sudirman, Gedung Chase Plaza, Gedung CIMB Niaga dan Mall FX Sudirman.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Susulan daripada itu, Jabatan Alam Sekitar mengatakan bahawa Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat menyokong operasi dan pemantauan pelanggaran peraturan No.3/2013 dengan menyediakan dron, kamera dan penstriman langsung YouTube bagi menyokong tindakan ini.

“Para pelaku yang tertangkap dalam kamera ketika membuang sampah, gambar kesalahan mereka akan dimuat naik ke media sosial,” kenyataan dari Jabatan Alam Sekitar.

Sumber: CNN Indonesia

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.