Siakap Keli
Kredit: AFP

Suruh Balik & Jangan Datang Lagi, Twitter Mula Buang Kira-kira 3,750 Pekerja Mulai Hari Ini

Twitter dilapor akan mula membuang pekerjanya bermula hari ini, susulan tindakan drastik pemilik baharu syarikat tersebut, Elon Musk untuk menjadikan platform tersebut lebih menguntungkan.

Menurut AFP, sebuah emel yang dihantar secara besar-besaran, pekerja Twitter menerima email yang akan menentukan nasib mereka sama ada disambung kontrak atau diberhentikan mulai hari ini. Email ini dihantar semalam dan meminta pekerja yang terlibat supaya tidak masuk ke pejabat bermula Jumaat.

“Sebagai usaha untuk meletakkan Twitter dalam landasan yang sihat, kita akan melalui pelbagai proses yang rumit untuk mengurangkan tenaga kerja global.

“Kami maklum bahawa tindakan ini akan mmemberikan kesan kepada beberapa individu yang telah memberikan sumbangan bernilai terhadap Twitter, tetapi tindakan ini perlu diambil untuk memastikan kejayaan syarikat untuk terus maju ke depan ,” menurut sebahagian daripada kenyataan email yang dihantar itu.

Jumlah pekerja yang bakal dibuang tidak dinyatakans secara jelas, bagaimanapun laporan Washington Post dan New York Times sebelum ini menyebut ia akan melibatkan kira-kira separuh daripada 7,500 pekerja syarikat terbabit.

Pekerja-pekerja Twitter sebelum ini dikatakan sudah bersedia menerima berita buruk ini sejak Musk telah melengkapkan pengambil alihan Twitter sepenuhnya bernilai RM 208 bilion minggu lepas. Sejak itu, Musk secara terbuka menyebut tentang pembaharuan yang akan dibuat, termasuk memecat barisan pentadbiran dan eksekutif kanan syarikat.

Beberapa kakitangan syarikat itu juga mendedahkan mereka kini berdepan dengan jadual kerja yang padat dan memenatkan bagi melaksanakan pembaharuan yang mahu dibuat, selain turut tular gambar-gambar yang menunjukkan ada staf terpakasa tidur di pejabat untuk mengejar tarikh akhir projek yang semakin hampir.

BACA: Viral Foto Didakwa Pekerja Twitter Tidur Di Pejabat, Kerja 24/7 Untuk Kejar “Deadline” Bos Baru

Sumber: AFP

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma