Siakap Keli
Gambar: Bernama

“Tweet” Lama Kritik PAS Kembali Tular, Wan Ahmad Fahysal Mohon Maaf

“Tweet” Lama Kritik PAS Kembali Tular, Wan Ahmad Fahysal Mohon Maaf

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memohon maaf kepada semua ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) susulan satu ciapan lamanya yang menggunakan kata-kata kurang sopan terhadap parti itu kembali tular di Twitter.

Permohonan maaf tersebut telah di muat naik dalam laman Facebook miliknya pada Jumaat, 4 November 2022.

“Beberapa ciapan lama saya di Twitter digunakan untuk menyerang saya.
“Pertamanya, saya ingin meminta maaf kepada semua ahli Parti Islam Se-Malaysia kerana telah menggunakan kata-kata yang kurang sopan.
“Saya amat kesali perkara ini, dan akan lebih berhati-hati di masa hadapan. Pas sebagai wadah perjuangan Islam dalam Perikatan Nasional (PN) telah membuktikan komitmen terhadap pemerintahan prihatin, bersih dan stabil di bawah prinsip amal makruf, nahi munkar,” tulisnya di Facebook.
Dalam pada itu, beliau difahamkan akan terus bersama dengan Perikatan Nasional dan PAS untuk memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan untuk rakyat Kelantan dan Malaysia menurut tuntutan Islam.
“Segala yang baik datang dari Allah, segala yang buruk datang dari diri saya sendiri,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook.
Terdahulu, pengisytiharan calon PAS di Kelantan telah menampilkan beberapa muka baharu, antaranya ialah Wan Ahmad Fayhsal yang bertanding di Parlimen Machang.
Sumber: Sinar Harian

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.