Siakap Keli

COVID-19: Kes Lebih 4,000 Dua Hari Berturut-Turut, Jumlah Kes Seminggu 25,184

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 29 Okt hingga pukul 11:59mlm 4 Nov 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.91 juta kes. Di peringkat global, lebih 637 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.6 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 616 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) — Kes harian baharu COVID-19 negara meningkat 54 peratus untuk tempoh seminggu (29 Okt – 4 Nov 2022) kepada sebanyak 25,184 dengan kes empat angka dilaporkan dua hari berturut-turut, Khamis (4,711) dan Jumaat (4,360).

Jumlah kes harian baharu COVID-19 untuk seminggu sebelumnya (22 Okt-28 Okt) adalah sebanyak 16,346 kes.

Kali terakhir negara mencatat kes 4,000 ialah pada 14 Ogos 2022 sebanyak 4,071 kes.

Daripada 4,360 kes semalam, Selangor mendahului dengan 1,797 kes, diikuti WP Kuala Lumpur (616), Perak (417), Negeri Sembilan (274), Sabah (254), Pulau Pinang (252), Melaka (172), Kedah (123) dan WP Putrajaya (108).

Kes dua angka dilaporkan di Kelantan (92), Pahang (83), Sarawak (70), Johor (53) dan Terengganu (30). Perlis dan WP Labuan, masing-masing mencatat lima (5) kes.

Sebelum melepasi paras 4,000 ini, angka kes mencecah 3,000 bermula 28 Oktober (3,296) dan berikutnya pada 29 Oktober (3,189), 30 Oktober (3,129) dan 2 November (3,969). Kes terendah untuk bulan yang sama, pada 17 Oktober iaitu 1,210 kes.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini mengingatkan rakyat di negara ini bahawa angka kes COVID-19 dijangka meningkat untuk beberapa minggu yang ada kaitannya dengan penularan subvarian Omicron XBB di Malaysia.

Menurut beliau, negara kini berada dalam fasa peralihan pandemik COVID-19 kepada endemik dan gelombang jangkitan melibatkan peningkatan kes dijangka berlaku.

Beliau menasihatkan orang ramai memakai pelitup muka ketika berada di kawasan sesak dan majlis berkaitan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Tarikh penamaan calon PRU15 dijadual Sabtu 5 November, tarikh pengundian awal 15 November dan hari mengundi, 19 November.

Sementara itu, kes aktif COVID-19 menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KKMNOW dikemaskini pukul 11:59mlm 4 November, meningkat kepada 35,539 kes dengan 33,874 (95.3 peratus) menjalani kuarantin di rumah.

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 29 Okt hingga 4 Nov 2022:-

29 Okt (3,189), 30 Okt (3,129), 31 Okt (2,913), 1 Nov (2,913), 2 Nov (3,969), 3 Nov (4,711) dan 4 Nov (4,360).

Kes harian baharu COVID-19 sepanjang 22 Oktober hingga 28 Oktober 2022:-

22 Okt (2,618), 23 Okt (2,054), 24 Okt (1,737), 25 Okt (1,743), 26 Okt (2,136), 27 Okt (2,762) dan 28 Okt (3,296).

Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura juga mencatat peningkatan yang ada kaitannya dengan penularan subvarian Omicron, XBB, seperti berikut:-

29 Okt (4,631), 30 Okt (3,240), 31 Okt (2,612), 1 Nov (5.652), 2 Nov (4,086), 3 Nov (3,511) dan 4 Nov (3,128).

Sementara itu, sebanyak 3,429 kes sembuh pesakit COVID-19 diaporkan semalam, menjadikan kumulatif kes sembuh negara setakat semalam sebanyak 4,846,897 kes.

Dengan sebanyak 4,918,917 kumulatif kes COVID-19, Malaysia kini di tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Greece (5,188,890) dan Ukraine (5,312,632).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Korea Selatan mencatat kes harian baharu tertinggi (43,424) diikuti oleh Jepun (34,064) dan Taiwan (27,594).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,097,961 kes.

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm, 4 Nov 2022 menunjukkan 33,874 kes (95.3 peratus) daripada 35,539 kes aktif COVID-19 dikuarantin di rumah.

Sifar ​​​(0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,592 kes (4.5 peratus) di hospital; 20 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 53 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19 , iaitu

Tahap 1 – Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 – Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 – Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 – Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 – Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes sembuh:-

29 Okt (2,541), 30 Okt (2,464), 31 Okt (2,833), 1 Nov (2,599), 2 Nov (2,696), 3 Nov (3,120) dan 4 Nov (3,429).

* kes kumulatif sembuh sehingga 4 Nov 2022 sebanyak 4,846,897.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

29 Okt (30,702), 30 Okt (31,365), 31 Okt (31,436), 1 Nov (31,747), 2 Nov (33,018), 3 Nov (34,609) dan 4 Nov (35,539).

Perincian kes harian baharu (4,360 kes) :-

*mengikut negeri, setakat 4 Nov 2022

* (+kes import)

Empat angka – Selangor 1,797 (+0);

Tiga angka – WP Kuala Lumpur 616 (+0), Perak 417 (+0), Negeri Sembilan 274 (+0), Sabah 254 (+0), Pulau Pinang 252 (+0), Melaka 171 (+1), Kedah 123 (+0) dan WP Putrajaya 107 (+1);

Dua angka – Kelantan 92 (+0), Pahang 83 (+0), Sarawak 78 (+1), Johor 53 (+0) dan Terengganu 30 (+0);

Satu angka – Perlis 5 (+0) dan WP Labuan 4 (+1).

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

29 Okt – Kes baharu 3,189; Kumulatif kes 4,896,922; Kes import 3

30 Okt – Kes baharu 3,129; Kumulatif kes 4,900,051; Kes import 6

31 Okt – Kes baharu 2,913; Kumulatif kes 4,902,964; Kes import 7

1 Nov – Kes baharu 2,913; Kumulatif kes 4,905,877; Kes import 11

2 Nov – Kes baharu 3,969; Kumulatif kes 4,909,846; Kes import 2

3 Nov – Kes baharu 4,711; Kumulatif kes 4,914,557; Kes import 7

4 Nov – Kes baharu 4,360; Kumulatif kes 4,918,917; Kes import 4

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

29 Okt – 1 (BID 0), 30 Okt – 2 (BID 0 ), 31 Okt – 9 (BID 1 ), 1 Nov – 3 (BID 1), 2 Nov – 2 (BID 0), 3 Nov – 0 (BID 0) dan 4 Nov – 1 (BID 0).

*Jumlah kes kematian sehingga 4 Nov 2022 sebanyak 36,481 kes.

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 637,283,239 kes (minggu lepas sebanyak 635,047,235 kes) dengan 6,604,272 kematian (angka kematian minggu lalu 6,592,278 kematian). Sebanyak 616,732,860 kes sembuh dilaporkan berbanding 614,009,849 kes sembuh minggu sebelumnya.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Korea Selatan, United Kingdom, Itali, Jepun dan Rusia.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 99,589,687 (+9,596)

India 44,659,066 (+701)

Perancis 36,920,064 (+29,438)

Jerman 35,748,912 (+tiada maklumat)

Brazil 34,887,505 (+tiada maklumat)

Korea Selatan 25,760,701 (+43,424)

United Kingdom 23,898,489 (+tiada maklumat)

Itali 23,642,011 (+tiada maklumat)

Jepun 22,534,377 (+34,064)

Rusia 21,453,667 (+6,149)

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-

Vietnam di tangga 13 – 11,505,249 (+339)

Indonesia di tangga 20 – 6,512,913 (+5,303)

Malaysia di tangga 27 – 4,918,917 (+4,360)

Thailand di tangga 30 – 4,692,448 (+tiada maklumat)

Filipina di tangga 38 – 4,006,635 (+tiada maklumat)

Singapura di tangga 46 – 2,118,749 (+3,128)

Myanmar di tangga 83 – 632,139 (+125)

Brunei di tangga 110 – 241,044 (+tiada maklumat)

Laos di tangga 113 – 216,265 (+5)

Kampuchea di tangga 125 – 137,995 (+tiada maklumat)

LATAR BELAKANG COVID-19

1. Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. – Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

2. WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

3. WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

5. Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

6. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

7. WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

8. Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

9. Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

10. WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

11. Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

12. Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

13. 1 April 2022 – Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

14. 1 Mei 2022 – beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

16. Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

Sumber: BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.