Siakap Keli
Lapan Embrio Dalam Badan Bayi Baru Lahir
Kredit BERNAMA

Ingatkan Perut Bengkak, Doktor Terkejut Temui Lapan Embrio Dalam Badan Bayi Baru Lahir

Ingatkan Perut Bengkak, Doktor Terkejut Temui Lapan Embrio Dalam Badan Bayi Baru Lahir

Seorang bayi perempuan di India dilaporkan lahir dengan lapan embrio lain di dalam badannya dan didakwa oleh doktor sebagai satu kes perubatan yang luar biasa, lapor Daily Mail.

Menurut laporan itu, doktor beranggapan bahawa bayi perempuan tersebut telah menyerap kelapan-lapan embrio berkenaan semasa dia masih berada dalam kandungan.

Penemuan embrio tersebut hanya diketahui selepas doktor menjalankan pemeriksaan terhadap perutnya yang membengkak.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Kes seperti itu dilaporkan kebiasaannya berlaku pada pasangan kembar seiras, di mana ianya secara tidak sengaja terbentuk di dalam badan bayi yang lain.

Pakar perubatan percaya, kes yang berlaku di bandar Ranchi ini merupakan yang pertama kali berlaku melibatkan embrio yang banyak pernah ditemui dalam badan bayi baru lahir.

Operasi pembedahan mengeluarkan embrio itu memakan masa selama 90 minit. Bayi perempuan tersebut kini dilaporkan berada dalam keadaan normal.

Kredit Jam Press/Rare Shot News

Operasi pembedahan yang dijalankan bulan lalu di Hospital Kanak-kanak dan Pusat Penyelidikan Rani telah dilakukan oleh Dr Mohammer Imran kira-kira tiga minggu selepas bayi itu dilahirkan.

Pada awalnya Dr Mohammed Imran mengesyaki bahawa bayi itu menghidapi tumor.

‘Fetus-in-fetu’ berlaku disebabkan oleh pemisahan kembar yang tidak lengkap. Doktor masih tidak tahu dengan tepat bagaimana perkara sedemikian boleh berlaku.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Para saintis berpendapat bahawa perkara itu berlaku akibat daripada pemisahan sel yang lambat. Namun pada masa lalu, kes seperti itu dikelaskan sebagai sejenis teratoma iaitu sejenis tumor yang boleh mengandungi rambut, otot dan tulang.

Penerangan pertama berkenaan ‘fetus-in-fetu’ telah diterbitkan buat pertama kali oleh Jurnal Perubatan British pada tahun 1808.

Bayi perempuan itu kini sudah semakin pulih daripada pembedahan, lapor media tempatan.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.